[VIDEO] Gunung Berapi Semeru Meletus Di Jawa Timur
GUNUNG BERAPI SEMERU | Meletus, Ratusan Penduduk Panik Selamatkan Diri
Letusan gunung berapi Semeru menggemparkan ratusan penduduk di daerah Lumanjang, di Jawa Timur, Indonesia.
Kejadian mengakibatkan sebahagian besar kawasan dilitupi asap dan debu sekaligus mengaburi penglihatan.
Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi melaporkan guguran abu meliputi jarak 500 sehingga 800 meter dari pusat letusan.
Menurut jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana, Abdul Muhari penduduk digesa supaya tidak melakukan aktiviti di sepanjang sungai daerah berkenaan.
Setakat ini tiada kemalangan jiwa, katanya dalam kenyataan.
Beberapa video rakaman orang awam menjadi tular di media sosial.
Kredit: Bernama & Video orang awam
Baca juga: