in

PPN: SOP Terkini Fasa 3 & 4 , Senarai Sektor Dibenarkan Beroperasi

ADVERTISEMENT

SOP PPN (Pelan Pemulihan Negara) Fasa 3 dan 4 – DIKEMASKINI 22 OKTOBER 2021

TERKINI

22 Oktober 2021 – Kenyataan Media YAB Perdana Menteri | Peralihan Fasa dan Kelonggaran SOP

TERKINI: Peralihan Fasa PPN

ADVERTISEMENT

Negeri Johor & Terengganu akan beralih ke Fasa 4

Berkuatkuasa mulai Isnin Depan, 25 Oktober 2021.

Rujuk kenyataan media penuh di bawah:

MUAT TURUN SOP TERKINI FASA 3 DAN 4 MKN

Rujuk: RASMI: Tarikh Buka Sekolah Bagi Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 & Fasa 4 PPN – KPM

TERKINI: SOP Pembukaan Sekolah

Mulai 3 Oktober 2021, murid-murid akan dibenarkan ke sekolah secara berperingkat mengikut Fasa PPN di negeri masing-masing.

Sesi persekolahan tahun 2021 juga akan dilanjutkan ke Mac 2022.

Berikut adalah SOP pembukaan sekolah yang diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan melalui sidang media bertarikh 12 September 2021.

SOP Pengoperasian Sekolah & Penggiliran Murid Bermula 3 Oktober 2021

Anda juga boleh merujuk tarikh buka sekolah yang terkini di artikel / lampiran berikut:

RASMI: Tarikh Buka Sekolah Bagi Setiap Negeri Di Malaysia

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan SOP terkini bagi setiap sektor yang dibenarkan beroperasi, sila rujuk

Semakan SOP Terkini PPN Bagi Setiap Negeri

Apakah Pelan Pemulihan Negara (PPN)?

Pelan Pemulihan Negara (PPN) adalah sebuah pelan dinamik yang sentiasa ditambah baik mengikut keperluan semasa. Menerusi pendekatan ‘whole-of-nation’, Kerajaan, menerusi Majlis Pemulihan Negara, secara berterusan mengadakan sesi libat urus dengan semua pihak termasuk wakil-wakil dari parti politik serta pakar-pakar pelbagai bidang untuk memastikan pelaksanaan PPN mengambil kira semua aspek penting demi memastikan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi.

Semakan SOP PPN Fasa 1, 2, 3 dan 4 Secara Online Di Portal Rasmi Pelan Pemulihan Negara

Kini anda boleh membuat semakan SOP terkini dengan lebih mudah, cepat dan terperinci melalui laman web rasmi Pelan Pemulihan Nehara yang telah dilancarkan pada 28 Julai 2021.

Melalui laman web ini, SOP terkini setiap negeri telah dikemaskini mengikut sektor masing-masing.

Sebarang maklumat terkini boleh disemak dan dirujuk melalui laman web ini dan anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana Malaysia akan keluar dari krisis pandemik COVID-19.

TERKINI: SENARAI KELONGGARAN SOP BAGI INDIVIDU LENGKAP 2 DOS VAKSIN

Nilai Ambang PPN & Fasa Terkini Setiap Negeri

Nilai Ambang Kes Harian Digantikan dengan Kadar Kemasukan Hospital bagi Peralihan ke Fasa 3 & 4 Pelan Pemulihan Negara.

Nilai ambang baharu ini adalah :

  • Fasa 2 ke Fasa 3 : Kadar kemasukan hospital sebanyak 3 kes per 100,000 penduduk
  • Fasa 3 ke Fasa 4 : Kadar kemasukan hospital sebanyak 1.3 kes per 100,000 penduduk

Walau bagaimanapun, indikator kadar vaksinasi serta kadar penggunaan ICU masih dikekalkan.

Perubahan ini adalah berdasarkan sains dan data yang menunjukkan bilangan kes baharu COVID-19 menjadi kurang relevan setelah kadar vaksinasi mencapai 40% kerana kebanyakan kes adalah kes yang tidak bergejala atau bergejala ringan (Kategori 1 dan 2).

nilai ambang sop ppn terkini

Sila layari info ini menerusi portal rasmi Pelan Pemulihan Negara di https://pelanpemulihannegara.gov.my/index.html atau muat turun SOP MKN terkini dalam versi PDF di bawah:

SOP PPN FASA 3 DAN FASA 4

https://pelanpemulihannegara.gov.my/index.html

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cara Mudah Hapus Lipas Dalam Kereta, Hanya 2 Bahan Diperlukan!

Wanita Sabah Ini Kongsi Panduan Yang Perlu Diikuti Semasa On Trek!