Senarai Kelonggaran SOP Bagi Individu Lengkap 2 Dos Vaksin – PM

Pengumuman Khas Perdana Menteri – Kelonggaran SOP Bagi Individu Lengkap 2 Dos Vaksin

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat sebuah Pengumuman Khas bagi mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) khusus bagi individu yang telah menerima 2 suntikan dos vaksin.

Beliau berkata, antara kelonggaran yang diberikan termasuk SOP bagi pergerakan dalam negara, perjalanan rentas sempadan terutama membabitkan suami atau isteri yang tinggal berjauhan.

Berikut dikongsikan senarai kelonggaran SOP 2 dos vaksin yang diumumkan sebentar tadi:

Senarai Kelonggaran SOP Bagi Individu Lengkap 2 Dos Vaksin

SYARAT-SYARAT

Kelonggaran SOP bagi individu lengkap vaksin adalah terpakai bagi individu yang memenuhi syarat berikut:

  • a) Vaksin 2 dos (Pfizer, Sinovac & AstraZeneca) – melepasi hari ke-14 bagi dos kedua
  • b) Vaksin 1 dos (Cansino & Johnsons & Johnson) – melepasi hari ke-8 dari tarikh suntikan

SENARAI KELONGGARAN & KEMUDAHAN

A) Kemudahan Kuarantin & Perjalanan – Terpakai Bagi Semua Fasa PPN

Kerajaan bersetuju memberikan kemudahan KUARANTIN dan PERJALANAN untuk individu yang telah menerima vaksinasi lengkap di seluruh negara dan terpakai ke atas semua fasa di dalam Pelan Pemulihan Negara.Kemudahan-kemudahan yang dimaksud secara amnya adalah seperti berikut:

  1. Pengembara warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kediaman di Malaysia (termasuk PR dan Malaysia MY Second Home) yang pulang atau tiba dari luar negara dan telah mendapat vaksin dos lengkap, DIBENARKAN menjalani kuarantin wajib di rumah dan diberikan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) digital.
  2. Pasangan suami isteri jarak jauh dibenarkan rentas daerah & negeri untuk bertemu pasangan maisng-masing
  3. Ibu bapa dibenarkan berjumpa anak bawah 18 tahun
  4. Aktiviti solat sahaja dibenarkan di surau bagi jemaah yang lengkap vaksinasi & tertakluk kepada kebenaran kerajaan negeri bagi bukan Islam

B) Bagi Individu Lengkap Vaksinasi Dan Tertakluk Kepada Negeri Yang Telah Beralih Ke PPN Fasa 2

  1. Rentas daerah dibenarkan
  2. Aktiviti dine-in dibenarkan
  3. Aktiviti sukan / rekreasi luar rumah dibenarkan – jogging, senaman, taichi, berbasikal, memanah, mendaki, tenis, badminton, golf dan seumpamanya.
  4. Pelancongan dalam negeri yang sama dibenarkan – termasuk homestay dan hotel.

NOTA: Sijil Digital Vaksinasi COVID19 perlu ditunjukkan dalam semua urusan di atas.

Kesemua kemudahan ini berkuatkuasa bermula Selasa, 10 Ogos 2021.

Perincian SOP Kelonggaran Bagi Penerima 2 Dos Vaksin (Infografik)

Sila rujuk perincian SOP yang dikeluarkan oleh MKN melalui infografik di bawah:

A) TERPAKAI BAGI SEMUA FASA PPN

B) TERPAKAI DI NEGERI FASA 2 PPN DAN SETERUSNYA

*Sumber: MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN)

Baca juga: Bantuan Kehilangan Pekerjaan RM500 (PEMULIH): Bayaran Oktober 2021

Baca juga: Pendaftaran Vaksin Untuk Anak / Remaja Di MySejahtera

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: