PRU15: Cara Mengundi Yang Betul & Maksud Undi Rosak – SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengumumkan cara serta langkah-langkah mengundi yang betul, khususnya bagi pengundi kali pertama yang bakal mengundi untuk PRU15 nanti.
Selain itu, turut diterangkan maksud undi rosak bagi memberi penjelasan terhadap kekeliruan yang tular di media sosial.
Berikut dikongsikan maklumat tersebut untuk makluman bersama.
Dokumen Yang Perlu Dibawa Semasa Keluar Mengundi
Berikut adalah senarai dokumen yang perlu dibawa semasa pergi mengundi :
- Kad Pengenalan ; ATAU
- Pasport ; ATAU
- Lesen Memandu ; ATAU
- Dokumen Pengenalan Sementara (JPN KPPK09) ; ATAU
- Resit Laporan Kehilangan Kad Pengenalan (JPN KPPK11) (Disahkan JPN)
Cara Mengundi PRU15
10 langkah pengundian yang diterangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah seperti berikut:
- Sila masuk apabila dibenarkan oleh Anggota Polis yang mengawal selia pintu masuk
- Serahkan MyKad / Dokumen Pengenalan Diri dan Slip Semakan (sekiranya ada) kepada Kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan kedua-dua belah tangan untuk diperiksa.
- Kerani Pengundian Pertama akan memberikan MyKad / Dokumen Pengenalan Diri pengundi kepada Kerana Pengundian Kedua untuk pengesahan. Pastikan No Kad Pengenalan dan nama anda yang diteriakkan oleh Kerani Pengundian Pertama adalah TEPAT.
- Bergerak ke hadapan Kerani Pengundian Kedua. Celupkan jari telunjuk tangan kiri ke dalam botol Dakwat Pilihan Raya apabila diminta oleh Kerani Pengundian Kedua.
- Terima Kertas Undi daripada Kerani Pengundian Ketiga.
Kerani Pengundian Pertama akan membuat penandaan nama anda dalam Buku Daftar Pemilih Pilihan Raya apabila jari anda dicelupkan ke dalam botol Dakwat Pilihan Raya. - Bergerak ke meja Ketua Tempat Mengundi (KTM) untuk meninggalkan telefon bimbit.
- Maju ke petak undi dan tandakan ‘X’ pada ruang kosong bersebelahan dengan nama dan simbol calon dalam kertas undi dengan menggunakan pen. PILIH SATU CALON SAHAJA.
- Masukkan kertas undi dalam peti undi yang betul.
- Bergerak ke meja KTM sekali lagi untuk mengambil telefon bimbit.
- Segera tinggalkan tempat mengundi setelah selesai mengundi.
Syarat & Cara Memangkah Undi
Terdapat beberapa perkongsian di media sosial yang tidak benar tentang syarat-syarat baharu serta kriteria undi yang betul dan undi rosak atau undi yang ditolak.
Berikut adalah penjelasan SPR mengenai pensanitasi tangan pengundi sebelum membuang undi.
Berikut pula adalah penjelasan SPR tentang Undi Rosak / Undi Ditolak.
SPR telah menjelaskan cara membuat penandaan dan contoh yang betul untuk mengundi.
Sila rujuk dalam gambar di bawah:
Elakkan menulis dengan perkataan atau nombor atau melukis di atas kertas undi kerana ia boleh membuatkan kertas undi anda ditolak.
Apakah Kriteria Undi Rosak / Undi Ditolak?
Istilah ‘undi rosak’ banyak terpakai kepada kertas undi yang tidak dimasukkan dalam tempoh pengundian manakala istilah kertas ‘undi ditolak’ pula berlaku semasa proses pengiraan kertas undi.
PERATURAN 21: PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENJALANAN PILIHAN RAYA) 1981
Contohnya kertas undi terkoyak secara tidak sengaja, itu istilahnya kertas undi rosak dan ia tidak dimasukkan ke dalam peti undi.
Ketika itu, pengundi boleh memohon kertas undi baharu dari Ketua Tempat Mengundi.
PERATURAN 25 (6) (7) PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENJALANAN PILIHAN RAYA) 1981
Ketua Tempat Mengundi atau orang yang diberikan kuasa olehnya hendaklah kemudiannya mengira kertas undi itu mengikut undian oleh pemilih bagi setiap calon dan hendaklah mencatatkan perkataan ‘ditolak’ pada mana-mana kertas undi yang ditolak sebagai tidak sah.
Ketua Tempat Mengundi hendaklah menolak sebagai tidak sah kertas yang berikut sahaja, iaitu mana-mana kertas undi:
- Kertas undi tidak dicapkan dengan tanda rasmi
- Undi diberikan lebih dari satu calon
- Menulis perkataan pada kertas undi
- Kertas undi yang tidak bertanda dan tidak menanda di dalam kotak
- Pengundi tidak menunjukkan tujuan yang jelas pada kertas undi
Baca juga: