Pembayaran Semula Terakhir Penerima GKP 2021
PEMBAYARAN SEMULA TERAKHIR PENERIMA GKP 2021 BAGI PENERIMA YANG BERSTATUS GAGAL KREDIT
Berita baik bagi penerima Geran Khas Prihatin yang berstatus gagal kredit, anda akan menerima pembayaran semula terakhir bermula 27 Disember 2021 ini.
Pengkreditan semula ini melibatkan penerima GKP yang berstatus gagal kredit dan telah mengemaskini maklumat dalam tempoh 6-20 Disember 2021, seperti mana dalam pengumuman LHDN sebelum ini.
Sila buat semakan status secara online di Portal GKP untuk mengetahui status pembayaran anda hari ini!
Cara Semak Maklumat Pembayaran GKP
Untuk mengemaskini maklumat akaun bank melalui portal GKP, sila ikuti langkah berikut:
- Pergi ke laman web https://gkp.hasil.gov.my
- Klik ‘Log Masuk’ di bahagian kanan atas.
- Isikan nombor kad pengenalan.
- Sahkan kod keselamatan.
- Isikan kata laluan.
- Status dan maklumat pembayaran anda akan dipaparkan.
Jika ada sebarang masalah sila isikan maklum balas di portal rasmi LHDNM turut disediakan di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/
Baca juga: KISS Selangor 2020/2021: Daftar Bantuan RM200 Sebulan Untuk Ibu B40
Cara Kemaskini GKP Bagi Yang Gagal Kredit
LHDN telah menggesa pemohon Geran Khas Prihatin PERMAI, PEMERKASA+, GKP 3.0 dan GKP 4.0 yang lulus tetapi status pembayaran adalah Gagal Kredit untuk membuat kemaskini maklumat akaun bank mereka bermula 6 Disember sehingga 20 Disember 2021.
Pemohon tersebut boleh mengemas kini semula maklumat akaun bank di menu kemas kini akaun bank pada portal rasmi Geran Khas Prihatin (GKP).
Untuk makluman pemohon yang Gagal Kredit GKP perlu memastikan akaun bank yang dikemas kini adalah aktif dan menggunakan nombor akaun simpanan peribadi pemohon dan berdaftar menggunakan nombor kad pengenalan baharu pemohon.
“Mereka juga boleh memberikan nombor akaun semasa peribadi dan bukan akaun bank semasa syarikat.“
Jika pemohon tidak mempunyai akaun bank selain daripada akaun bank yang telah didaftarkan pada permohonan GKP sebelum ini, pemohon dikehendaki untuk membuat pengesahan dengan pihak bank berkaitan status aktif akaun bank tersebut dan akaun bank itu adalah Akaun Bank Peribadi atas nama pemohon GKP (bukan akaun bank perniagaan).
Baca juga: Senarai Pelepasan Cukai 2021 Untuk e-Filing 2022
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan Geran Khas Prihatin (GKP) boleh diajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 03-8911 1100 (Luar Negara) serta di HASiL Live Chat.
Anda juga boleh menghantar sebarang pertanyaan melalui e-mel [email protected] untuk tindakan selanjutnya.