PADU: Sistem Pangkalan Data Utama – Cara Daftar

PADU: Sistem Pangkalan Data Utama – Cara Daftar 

Pada 2 Januari 2024 yang lalu, kerajaan telah mengumumkan pelancaran Sistem Pangkalan Data Utama atau singkatannya PADU. 

Ia merupakan sebuah sistem yang diwujudkan untuk mengumpulkan profil individu dan isi rumah termasuk warganegara dan pemastautin tetap. 

Maklumat profil ini akan diperolehi melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber.

Sekaligus, sistem ini membantu untuk memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

BACA JUGA: Pencen 2024 – Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2024

PADU

PADU – Pangkalan Data Utama

PADU adalah merupakan pangkalan data utama negara yang selamat dan komprehensif ke arah digitalisasi dan penghasilan analitik yang tepat. 

Semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas digalakkan mendaftar dan mengemas kini maklumat anda ke dalam PADU bagi memastikan anda tidak ketinggalan mendapatkan bantuan-bantuan yang disalurkan oleh pihak kerajaan dan program sosio-ekonomi​​.

Objektif

Berikut merupakan objektif pengenalan Sistem Pangkalan Data Utama :

  • Penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi digitalisasi dan penghasilan analitik berkala.
  • Penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data.
  • Membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal.

Matlamat

  • Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
  • Mengoptimumkan penggunaan sumber yang terhad.
  • Memperkasa sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat.
  • Merapatkan jurang sosioekonomi dengan mengimbangi keperluan rakyat.

Kepentingan Mendaftar PADU

Dengan mendaftar dan mengemaskini maklumat dalam portal ini, anda dapat memastikan anda tidak tercicir daripada menerima bantuan atau perlindungan sosial sekiranya layak.

Tempoh tiga (3) bulan pengemaskinian maklumat dalam Fasa 1 untuk membolehkan kerajaan memproses data berkenaan bagi menentukan kelayakan individu berdasarkan jenis bantuan kerajaan.

PADU: Sistem Pangkalan Data Utama - Cara Daftar

Cara Mendaftar PADU

Terdapat tiga cara yang anda boleh pilih untuk mendaftar akaun PADU;

  1. Melalui portal PADU: www.padu.gov.my 
PADU: Sistem Pangkalan Data Utama - Cara Daftar
  • Layari www.padu.gov.my
  • Tekan butang ‘DAFTAR SEKARANG’. 
  • Maklumat pendaftaran mestilah sama seperti yang tertera pada kad pengenalan. 
  • Isikan nombor telefon bimbit dan e-mel yang sah serta aktif untuk penerimaan OTP.
  • Anda perlu mengisi OTP yang diterima melalui e-mel atau SMS dalam tempoh 3 minit. Permohonan semula diperlukan sekiranya tidak menerima OTP dalam tempoh ditetapkan atau tamat tempoh pengisian.
  • Kata laluan mestilah ditetapkan dengan kombinasi huruf besar, kecil dan simbol istimewa. 
  • Kata laluan ini diperlukan untuk log masuk bagi proses pengemaskinian maklumat.
  1. Melalui Pejabat Operasi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) di negeri-negeri

Memandangkan capaian internet di bandar dan luar bandar yang berbeza, maka kerajaan telah memperkenalkan pelbagai mod pendaftaran dan pengemaskinian maklumat setiap warganegara Malaysia di sistem Sistem Pangkalan Data Utama:

PADU: Sistem Pangkalan Data Utama - Cara Daftar

Bagi pendaftaran secara manual, pastikan anda membawa dokumen berikut:

  • Kad pengenalan & salinan kad pengenalan
  • Maklumat bank
  • Pendidikan tertinggi
  • Maklumat pekerjaan
  • Maklumat pendapatan
  • Maklumat komitmen
PADU: Sistem Pangkalan Data Utama - Cara Daftar
  1. Melalui Pusat Ekonomi Digital (PEDi) berdekatan.

DOSM telah membuka kaunter di PEDI, Pejabat Daerah dan Pejabat Operasi bagi tujuan pendaftaran.

Sila rujuk kaunter terdekat di daerah anda untuk membuat pendaftaran secara manual.

SENARAI KAUNTER PADU:

Tempoh Pendaftaran

3 Januari 2024 – 31 Mac 2024

Dokumen Diperlukan

  • Kad pengenalan
  • Maklumat pekerjaan
  • Akaun bank
  • Dan lain-lain

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila layari pautan portal PADU di laman web rasmi berikut: https://padu.gov.my/ 

Sekiranya pendaftaran tidak berjaya atau ingin kemukanan aduan secara dalam talian, sila hubungi:

  • MyGCC: 1-800-88-7720 (8.00 pagi hingga 6.00 petang)
  • Jabatan Perangkaan Malaysia: 1-800-88-7721 (7.30 pagi hingga 10.00 malam)
  • SiSPAA (24 jam setiap hari): https://padu.spab.gov.my 

FAQ – PADU

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: