Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF 2023): Cara Memohon & Syarat Kelayakan

Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF 2023) ~ Sukacita dimaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan satu inisiatif perumahan untuk warga FELDA bersempena dengan Sambutan Hari Peneroka FELDA ke-67 baru-baru ini.

Inisiatif yang dimaksudkan tersebut ialah Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF).

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai inisiatif ini. 

Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF 2023)

Perumahan Generasi Baharu FELDA atau singkatannya PGBF adalah merupakan sebuah program yang dikendalikan sepenuhnya oleh FIC Supplies Sdn Bhd (dimiliki sepenuhnya oleh FELDA). 

Program ini merupakan salah satu usaha untuk menyiapkan 283 unit Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) bagi menyelesaikan isu perumahan untuk belia FELDA.

Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk memberi peluang kepada generasi baharu FELDA yang berpendapatan rendah mendapatkan rumah impian sendiri yang selesa supaya dapat didiami bersama keluarga.

PGBF 2023

Selain daripada program ini, Perdana Menteri turut mengumumkan inisiatif lain dari pelbagai aspek untuk warga FELDA termasuk kesihatan, pembekalan air bersih, subsidi diesel, pendigitalan dan prasarana. 

Pihak kerajaan juga turut meluluskan dana sehingga RM 1 billion setiap tahun bagi tempoh 10 tahun bagi menjamin pembangunan FELDA. 

BACA JUGA: Sumbangan Kesihatan Rahmah – Manfaat Penjagaan Kesihatan Untuk Warga Felda

Syarat Kelayakan Pemohon

Sila baca dengan teliti syarat -syarat kelayakan yang disenaraikan dibawah untuk mengelakkan permohonan anda ditolak. Berikut ialah syarat-syarat kelayakan untuk memohon bantuan Perumahan Generasi Baharu FELDA yang perlu ditepati:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 hingga 70 tahun
  • Pemohon atau pasangan adalah generasi FELDA
  • Pemohon Lot Generasi Felda (LGF) yang telah memiliki geran lot rumah daripada Pejabat Tanah
  • Tempoh pembiayaan maksima sehingga 35 tahun atau sehingga had umur pemohon berusia 70 tahun pada tarikh matang tempoh kemudahan pembiayaan (mana-mana yang terdahulu)
  • Bekerja sendiri atau berpendapatan minimum RM1,000 sebulan
  • Pembelian rumah pertama dan untuk kediaman sendiri
  • Tidak diisytiharkan bangkrap
  • Tiada rekod tertunggak CCRIS melebihi 2 bulan
Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF 2023): Cara Memohon & Syarat Kelayakan

Cara Permohonan PGBF 2023

Untuk memohon, permohon perlu mengisi borang permohonan (KLIK PAUTAN): Borang Permohonan Lot Kediaman Generasi

Hantarkan borang permohonan beserta dokumen yang lengkap ke alamat berikut: FIC Supplies Sdn Bhd, Aras 4, Balai Felda, Jalan Gurney 1, 54000 Kuala Lumpur.

Dokumen Diperlukan

  1. MyKad
  2. Salinan geran individu

Bagi bekerja sendiri/ahli perniagaan:

  • Pendaftaran syarikat/perniagaan
  • Pendapatan mesti disahkan oleh Pengurus Rancangan/Penghulu/Pegawai Kerajaan kategori A
  • Penyata bank 6 bulan terkini

Bagi berpendapatan tetap:

  • Slip gaji 3 bulan terkini
  • Surat pengesahan majikan
  • Penyata bank 3 bulan terkini

Proses Permohonan PGBF 2023

Berikut merupakan proses permohonan untuk bantuan PGBF ini.

  • Pemohon perlu mengisi borang permohonan Lot Generasi Baharu Felda yang disediakan oleh pihak FIC Supplies.
  • Borang permohonan beserta dengan dokumen sokongan yang lengkap sahaja akan diproses oleh pihak FIC Supplies.
  • Permohonan yang LAYAK akan meneruskan untuk proses pinjaman pembiayaan; 
  • manakala permohonan yang TIDAK LAYAK anda akan dimaklumkan oleh wakil jualan FIC Supplies.
  • Bagi yang layak, wakil jualan akan menghantar borang pinjaman pembiayaan perumahan bank untuk dilengkapkan oleh pemohon.
  • Borang pinjaman pembiayaan perumahan bank perlulah dilengkapkan beserta dengan dokumen sokongan yang diperlukan bagi proses permohonan pinjaman pembiayaan.
  • Wakil jualan akan menghantar borang pinjaman pembiayaan perumahan bank beserta dokumen sokongan yang berkaitan kepada pihak bank bagi pemohon-pemohon yang LAYAK.

BACA JUGA: ePeneroka FELDA – Semakan Penyata Pinjaman & Jumlah Penghapusan Hutang

Pakej Rumah Lot Kediaman Ditawarkan

Menerusi program ini, terdapat 6 pakej perumahan yang ditawarkan dan memiliki kos serendah RM78 ribu. Berikut adalah pakej-pakej perumahan tersebut.

  • Pakej Orkid – RM 78,000
  • Pakej Raflesia – RM 87,000
  • Pakej Kenanga – RM 113,800
  • Pakej Teratai – RM 135,000
  • Pakej Anggerik – RM 155,800
  • Pakej Alamanda – RM 199,800

1. Rumah Katagori A (Alamanda):

  • 4 Bilik & 2 Bilik Air
  • Kos Rumah: RM199,800

2. Rumah Katagori B (Anggerik):

  • 3 Bilik & 2 Bilik Air
  • Kos Rumah: RM155,800

3. Rumah Katagori C (Teratai):

  • 3 Bilik & 2 Bilik Air
  • Kos Rumah: RM135,800

4. Rumah Katagori D (Kenanga):

  • 3 Bilik & 2 Bilik Air
  • Kos Rumah: RM113,800

5. Rumah Katagori E (Rafflesia):

  • 3 Bilik & 2 Bilik Air
  • Kos Rumah: RM87,800

6. Rumah Katagori F (Orkid):

  • 2 Bilik & 2 Bilik Air
  • Kos Rumah: RM78,800
Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF 2023): Cara Memohon & Syarat Kelayakan
Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF 2023): Cara Memohon & Syarat Kelayakan
Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF 2023): Cara Memohon & Syarat Kelayakan

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai Perumahan Generasi Baharu FELDA, sila hubungi Pn Mas Suri di talian berikut: 010-2321037.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: