Pencen 2024: Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2024

Pencen 2024: Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2024

Bagi pesara kerajaan yang bakal menerima pencen pada tahun 2024, sila ambil perhatian. 

Pesara kerajaan akan menerima beberapa faedah persaraan yang dikenali sebagai Ganjaran Terbitan dan Pencen Terbitan.

Antaranya ialah:

  • Pencen Perkhidmatan (bayaran bulanan).
  • Ganjaran Perkhidmatan (bayaran sekaligus).
  • Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat, di mana berkenaan (bayaran sekaligus).
  • Kad Pesara – boleh digunakan untuk urusan perubatan dan caj wad percuma (bersamaan dengan kelayakan gred jawatan terakhir) di Hospital Kerajaan, diskaun tambang kereta api, dll

NOTA: Bakal pesara perlu memastikan Jabatan mengemukakan dokumen persaraan yang lengkap ke KWAP tidak lewat 3 bulan sebelum tarikh persaraan untuk membolehkan faedah persaraan dibayar dalam masa yang sepatutnya.

Untuk makluman juga, terdapat beberapa pindaan terhadap Arahan Perbendaharaan (AP) 105 mengenai tarikh pembayaran emolumen dan pencen bermula 2022 antaranya kawalan tempoh perbezaan hari maksimum gaji, emolumen boleh dibayar pada hari Jumaat dan lain-lain.

Anda boleh menyemak tarikh bayaran pencen bagi tahun 2024 melalui perkongsian oleh Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di bawah.

BACA JUGA: Kad Pesara Kerajaan, Kemudahan Perkhidmatan & Kod-kod Berkaitan

Tarikh Bayaran Pencen 2024

Untuk pesara kerajaan yang bakal menerima pencen, tarikh pembayaran pencen bulanan bagi tahun 2024 adalah seperti berikut:

Pencen 2024: Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2024
  • Januari – 19.01.2024 (Jumaat)
  • Februari – 21.02.2024 (Rabu)
  • Mac – 21.03.2024 (Khamis)
  • April – 19.04.2024 (Jumaat)
  • Mei – 17.05.2024 (Jumaat)
  • Jun – 12.06.2024 (Rabu)
  • Julai – 17.07.2024 (Rabu)
  • Ogos – 21.08.2024 (Rabu)
  • September – 20.09.2024 (Jumaat)
  • Oktober – 21.10.2024 (Selasa)
  • November – 21.11.2024 (Khamis)
  • Disember – 18.12.2024 (Rabu)

Cara Semak Penyata Bayaran Pencen

Sila rujuk langkah-langkah berikut untuk membuat semakan penyata bayaran pencen:

  1. Layari laman web rasmi JPA di pautan berikut: https://apps.jpapencen.gov.my/penyatabayaran
  2. Masukkan no kad pengenalan, no akaun pencen, dan tahun.
  3. Klik butang ‘Hantar.’
  4. Penyata bayaran pencen boleh disemak.

Insentif Tambahan Untuk Pesara Kerajaan

Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian bantuan Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) untuk tempoh Januari hingga Disember 2024 kepada pesara dan penerima pencen terbitan yang layak.

Bantuan Pemberian Khas Kepada Pesara (PKKP) yang diumumkan kerajaan adalah inisiatif untuk memastikan pencen dan pencen terbitan diterima golongan sasar itu tidak berkurangan.

Pencen 2024: Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2024

Selain itu, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan insentif RM1000 kepada pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Bayaran insentif ini dijangka akan dilakukan pada Februari 2024 untuk meringankan beban persediaan persekolahan serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal kepada mereka yang terlibat.

Pencen 2024: Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2024

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari:

Muat turun MyPesara melalui Apple App Store atau Google PlayStore di pautan berikut:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: