Budak Perempuan 9 Tahun Ditemui Maut Gantung Diri Di Kulai, Johor

Menyedihkan, seorang kanak-kanak perempuan 9 tahun gantung diri dan telah ditemui maut dalam keadaan tersebut di kediaman keluarganya di Flat Temenggong, Kulai, Johor.

Dipetik dari laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 3.30 petang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kanak-kanak perempuan itu berbuat demikian dipercayai kerana perselisihan faham antara keluarga.

“Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Kulai telah tiba ke kediaman mangsa pada pukul 4 petang.

“Setibanya di lokasi, mangsa telah diturunkan oleh ahli keluarganya daripada tempat asal mangsa menggantung diri menggunakan kain pelikat,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, pihak hospital yang tiba kira-kira pada pukul 4.45 petang kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati tiada kesan kecederaan fizikal dan mangsa disahkan mati kerana ‘hanging’. Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya lanjut.

*Sumber: K! ONLINE

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: