Senarai Pelepasan Cukai LHDN 2021 Untuk e-Filing 2022

SENARAI PELEPASAN CUKAI 2021 UNTUK E-FILING 2022

Berikut adalah senarai pelepasan cukai terkini tahun taksiran 2021 bagi e-filing 2022 yang boleh dituntut.

Jenis Potongan Individu Pelepasan Cukai Bagi Tahun Taksiran 2021 (e-Filing 2022)

1. Pelepasan Individu

  • Individu dan saudara tanggungan : RM9000
  • Individu kurang upaya : RM6000
  • Suami atau isteri kurang upaya : RM5000
  • Suami / ister / alimoni kepada bekas ister : RM4000
  • Yuran pengajian diri sendiri : RM7000

2. Gaya Hidup, Perubatan & Peralatan Berkaitan

  • Rawatan perubatan keperluan khas dan Penjagaan ibu bapa : RM8000
  • Peralatan alat sokongan khas : RM6000
  • Gaya hidup : RM2500
    • pembelian bahan bacaan
    • pembelian komputer peribadi
    • telefon pintar / internet
    • pembelian peralatan sukan, bayaran keahlian gymnasium
    • Tambahan RM2500 untuk pembelian komputer peribadi, telefon pintar dan tablet
  • Tambahan gaya hidup RM500 berkaitan aktiviti sukan
    • Pembelian peralatan sukan
    • Sewaan / fi di mana-mana fasiliti sukan
    • Fi pendaftaran penyertaan pertandingan
  • Perbelanjaan melancong dalam negara : RM1000
    • Penginapan di premis yang berdaftar
    • Bayaran masuk ke pusat tarikan pelancongan
  • Pembelian peralatan penyusuan : RM1000
    • Pembayar cukai wanita sahaja
    • Anak berumur kurang 2 tahun sahaja
    • Tuntutan dibuat sekali setiap 2 tahun
  • Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius & perbelanjaan rawatan kesuburan RM8000 (termasuk rawatan perubatan penuh, ujian pengesanan COVID19 dan vaksinasi yang dibenarkan terhad RM1000)

3. Pelepasan Anak

  • Anak bawah 18 tahun : RM2000
  • Anak 18 tahun ke atas : RM2000 (belum berkahwin / belajar sepenuh masa)
  • Anak 18 tahun ke atas : RM8000 (belum berkahwin / belajar di IPT)
  • Yuran taman asuhan kanak-kanak / tadiakn berdaftar : RM3000
  • Anak kurang upaya : RM6000
    • Tambahan bagi anak kurang upaya RM8000 (belajar di IPT – Diploma / ke atas)

4. Caruman / Sumbangan

  • Insurans Nyawa dan KWSP *individu penjawat awam dan berpencen RM7000 atau
  • Selain penjawat awam *insuran nyawa / takaful RM3000
  • KWSP / Skim yang diluluskan : RM4000
  • PERKESO : RM250
  • Skim persaraan dan anuiti tertunda : RM3000
  • Insuran perubatan dan pendidikan (individu / pasangan /anak) : RM3000
  • SSPN (tabungan bersih) : RM8000

Rujuk jadual penuh: https://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=5&bt_skum=1&bt_posi=3&bt_unit=1&bt_sequ=1

Tanggungjawab Pembayar Cukai

Setiap individu yang boleh dikenakan cukai dikehendaki melaporkan kesemua pendapatan kepada LHDNM. Pembayar cukai bertanggungjawab untuk:

  1. Mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP)Pembayar cukai individu hendaklah menghantar secara e-Filing atau borang manual yang telah lengkap diisi pada atau sebelum;
    i . Individu Pemastautin dan Bukan Pemastautin yang TIDAK menjalankan perniagaan: 30 April setiap tahun
    ii. Individu Pemastautin dan Bukan Pemastautin yang Menjalankan Perniagaan:
    30 Jun setiap tahun ke alamat berikut:
    Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
    Bahagian Pengurusan Rekod & Maklumat Percukaian
    Jabatan Operasi Cukai
    Menara Hasil Bangi
    No. 3, Jalan 9/10, Seksyen 9
    Karung Berkunci 222
    43659 Bandar Baru Bangi
    Selangor
  2. Melaporkan pendapatan dan perbelanjaan, termasuk potongan dan rebat.
  3. Mengira cukai pendapatan.
  4. Menyimpan rekod bagi tujuan pengauditan.
  5. Membayar cukai kena dibayar.

Adakah Saya Layak Dikenakan Cukai?

Individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM25,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Namun, anda tidak semestinya akan dikenakan cukai.

Anggaran ‘paras maksima’ jumlah pendapatan tahunan (2021) yang masih tidak dikenakan cukai individu adalah seperti di bawah:

  • DIRI SENDIRI : RM37,333 setahun @ RM3,111 sebulan
  • BERKAHWIN + 1 ANAK : RM39,333 SETAHUN @ RM3,278 sebulan (Taksiran berasingan)
  • BERKAHWIN + 2 ANAK : RM41,333 SETAHUN @ RM3,444 sebulan (Taksiran berasingan)
  • BERKAHWIN + 0 ANAK : RM48,000 SETAHUN @ RM4,000 sebulan (Taksiran bersama)
  • BERKAHWIN + 1 ANAK : RM50,000 SETAHUN @ RM4,167 sebulan (Taksiran bersama)
  • BERKAHWIN + 2 ANAK : RM52,000 SETAHUN @ RM4,333 sebulan (Taksiran bersama)

Anggaran ini hanya mengambil kira tuntutan pelepasan individu, pasangan, bilangan anak & rebat individu + pasangan. Jika jumlah pendapatan tahun lepas anda melebihi ambang ini tetapi layak menuntut pelepasan yang lain & ada buat bayaran zakat pendapatan (bagi muslim), anda MUNGKIN juga masih tidak dikenakan cukai.

ambang cukai 2021

Jadi buat semakan sekarang & kumpulkan semua bukti pelepasan yang hendak anda tuntut

Lagi cepat anda hantar e-filling, semoga cepat juga pulangan cukai oleh LHDN (jika ada)

ATAU

anda masih mempunyai masa menyediakan peruntukan bayaran cukai tambahan (jika perlu) sebelum tarikh akhir 30.4.2022 (eBE) / 30.6.2022 (eB)Dijangka penyediaan sistem eBE/eB TT2021 bermula 1.3.2022 depan.

*Mulai Tahun 2010 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM26,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

*Mulai Tahun 2013 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM30,667 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

*Walau bagaimanapun, mulai Tahun 2015 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Sekiranya pekerja layak dikenakan potongan PCB, pekerja dinasihatkan mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan PCB dibuat.

Baca juga: CIMS MITI: Cara Permohonan Beroperasi Syarikat Dalam Tempoh PKP

Apakah Yang Patut Saya Lakukan Jika Saya Layak Dikenakan Cukai?

Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dilakukan di cawangan yang berhampiran.

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran :

  • Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini / Slip Gaji terkini ;
  • Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa
  • Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).

Anda juga boleh membuat pendaftaran nombor rujukan cukai melalui e-Daftar.

Menyimpan Rekod Pelepasan Cukai 2021 & Tahun-tahun Sebelumnya

Pembayar cukai tidak perlu menghantar dokumen / resit asal berikut bersama BNCP, sebaliknya dokumen ini hendaklah disimpan selama 7 tahun:

  1. Borang EA/EC,
  2. Baucar dividen,
  3. Resit premium insurans,
  4. Resit pembelian buku,
  5. Resit perubatan,
  6. Resit derma,
  7. Resit pembayaran zakat,
  8. Sijil kelahiran anak,
  9. Sijil nikah,
  10. Dokumen-dokumen sokongan lain.
  11. Helaian kerja (jika ada)
  12. Pengiraan tempoh tujuh tahun adalah bermula dari akhir tahun dalam mana BNCP tersebut telah dikemukakan.

Sistem Taksir Sendiri

Sistem Taksir Sendiri adalah satu konsep Bayar, Taksir Sendiri dan Fail.

Bayar : Potongan gaji bulanan bagi pembayar cukai yang mempunyai pendapatan penggajian atau melalui bayaran secara ansuran bagi pembayar cukai yang mempunyai pendapatan perniagaan.

Taksir Sendiri: Membuat sendiri pengiraan cukai pendapatan.

Fail : Mengemukakan BNCP ke LHDNM dan bayaran baki cukai pendapatan jika terkurang bayar atau menuntut bayaran balik jika terlebih bayar.

Baca juga: CCID: Cara Check Scammer Online (Semak No Akaun & No Telefon)

Maklumat Lanjut Tentang Pelepasan Cukai 2021

Sekiranya tuan/puan mengalami masalah atau pertanyaan tentang pelepasan cukai 2021 bagi e-filing 2022, anda bolehlah menghubungi Hasil Care Line atau mana-mana Cawangan LHDNM terdekat untuk mendapatkan bantuan.

Talian Hasil Care Line adalah seperti dibawah;

Perkhidmatan AmTalian
Hasil Care Line
03-8911 1000

603-8911 1100 (Luar Negara)
Rujukan SegeraTalian
Penggajian (Tiada Pendapatan Perniagaan)03-8911 1200
Perniagaan (Bekerja Sendiri / Perkongsian)03-8911 1300
e-Filing03-8911 1400
Bantuan Prihatin Rakyat /
Bantuan Sara Hidup
1800-88-2747

*Waktu perkhidmatan: Isnin hingga Jumaat (9.00 pagi – 5.00 petang)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: