Ribut Tropika Kuat Nesat Dijangka Meningkat Ke Tahap Taufan Malam Ini – MET Malaysia

17 Oktober 2022 – Ribut Tropika Kuat Nesat Dijangka Meningkat Ke Tahap Taufan Malam Ini – MET Malaysia

Ribut Tropika Kuat Nesat kini berada di kedudukan 19.7°U 117.2°T di barat laut Filipina dijangka bergerak ke arah barat menuju Pulau Hainan.

Keadaan ini menyebabkan angin kencang di Laut China Selatan. Ramalan terkini menunjukkan sistem ini dijangka meningkat ke tahap Taufan menjelang malam ini.

Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) untuk Sarawak, Sabah dan WP Labuan sehingga 18 Oktober 2022.

Dalam masa yang sama, Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora Kategori Pertama telah dikeluarkan pada 9:50 malam, 15 Oktober 2022 dengan kelajuan angin antara 40 hingga 50 km/jam dan ketinggian ombak mencapai 3.5 meter dijangka boleh berlaku di kawasan perairan Laut China Selatan khususnya di perairan Condore, Reef North, Layang-layang, dan Labuan dalam tempoh 18 Oktober 2022 sehingga 20 Oktober 2022.

Orang awam di kawasan terlibat dinasihatkan untuk lebih peka dan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.

Maklumat cuaca terkini boleh diperolehi melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca, dan media sosial rasmi. Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Sumber:

Ketua Pengarah

Jabatan Meteorologi Malaysia

taufan malaysia

Kenyataan Media Malaysian Meteorological Department : Ribut Tropika Kuat Nesat Dijangka Meningkat Ke Tahap Taufan Malam Ini – MET Malaysia

Baca juga: Cara Semakan Info Banjir Terkini & Notis Jalan Ditutup

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: