Rayuan Haji 2024: Tarikh Rayuan & Cara Membuat Rayuan Online

Rayuan Haji 2024: Tarikh Rayuan & Cara Membuat Rayuan Online

Setiap Muslim pasti bercita-cita ingin menjejakkan kaki ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji, rukun islam yang kelima.

Untuk pengetahuan anda, bagi sesiapa yang gagal menerima tawaran haji untuk tahun ini, anda boleh melakukan rayuan haji bermula Jumaat, 26 Januari 2024.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.

BACA JUGA: Cara Buat Potongan Gaji Setiap Bulan Ke Tabung Haji (Direct Debit)



Rayuan Haji 2024

Lembaga Tabung Haji (TH) telah membuka permohonan rayuan untuk mengerjakan ibadat haji melalui aplikasi THiJARI bagi tahun 1445 H / 2024 M bermula Jumaat, 26 Januari 2024.

Rayuan ini boleh dilakukan secara dalam talian bagi membantu orang ramai membuat rayuan haji tanpa perlu menghantar surat secara fizikal.

Untuk pengetahuan anda, surat tawaran haji kepada 31,600 jemaah haji telah dikeluarkan bermula pada 19 Januari 2024 secara berperingkat dan bakal haji terpilih boleh menyemak tawaran haji melalui aplikasi THiJARI.

Bakal haji perlu lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab surat tawaran tersebut dalam tempoh tujuh hari bekerja melalui aplikasi THiJARI atau untuk kes-kes tertentu boleh mengunjungi mana-mana cawangan TH yang berdekatan.

Bagi yang tidak terpilih, rayuan haji boleh dilakukan berpandukan kriteria-kriteria tertentu dengan mahram diberikan keutamaan.

Bagi musim 2024 ini, pengecualian kos penuh diberikan kepada 3 jenis rayuan berikut:

  1. Mahram
  2. Pembantu jemaah lanjut usia
  3. Pembantu jemaah kelainan upaya (OKU)

*bagi jemaah haji sudah terpilih

Rayuan Haji 2024: Tarikh Rayuan & Cara Membuat Rayuan Online

Tarikh Rayuan Haji 2024 Dibuka

Rayuan haji 2023 boleh dilakukan secara dalam talian (online) bermula Isnin, Jumaat, 26 Januari 2024 ini.

Rayuan boleh dilakukan melalui aplikasi THiJARI. 

Rayuan Haji 2024: Tarikh Rayuan & Cara Membuat Rayuan Online

Syarat Tunai Haji & Kriteria Kesihatan Bakal Jemaah Haji Musim Haji 1445H/2024

  • Semua Bakal Haji perlu melengkapkan suntikan vaksinasi Covid-19 yang diiktiraf oleh Kerajaan Arab Saudi. Ia juga adalah selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia.
  • Tiada had umur ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi bagi Bakal Jemaah Haji yang ingin menunaikan haji tahun ini.
  • Setiap Bakal Haji juga perlu lulus pemeriksaan kesihatan dengan kriteria dan garis panduan kesihatan yang ditetapkan sebelum dibenarkan berangkat ke Tanah Suci. Bakal Haji perlu berada dalam keadaan yang sihat.
  • Bakal Haji yang menghidap penyakit kronik yang berisiko tinggi dan tidak stabil tidak memenuhi syarat wajib haji (istito’ah kesihatan).
  • Hanya individu yang mempunyai sakit kronik yang telah disahkan stabil dan lulus pemeriksaan kesihatan dibenarkan untuk menunaikan haji pada tahun ini.

THiJARI 

Aplikasi THiJARI ini adalah untuk  memudahkan pendeposit untuk membuat rayuan haji, membuat semakan status haji dan juga pertanyaan baki simpanan serta info berkaitan.

Anda boleh muat turun aplikasi THiJARI secara percuma daripada Google Play atau App Store. 

Rayuan Haji 2024: Tarikh Rayuan & Cara Membuat Rayuan Online

Cara Daftar THiJARI

  • Layari laman web berikut: www.thijari.com.my atau muat turun aplikasi ini di telefon bimbit anda. 
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH.
  • Masukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan serta maklumat peribadi. 
  • Selesai.

Setelah mendaftar di aplikasi THiJARI, anda boleh semak langkah-langkah membuat permohonan rayuan haji 2024 seperti di bawah. 

Rayuan Haji 2024: Tarikh Rayuan & Cara Membuat Rayuan Online

BACA JUGA: Apa Itu Visa Furada? Scam Pergi Haji Ke?

Cara Permohonan Rayuan Haji Online

Setelah mendaftar di aplikasi THiJARI, anda boleh semak langkah-langkah membuat permohonan rayuan haji 2024 seperti di bawah. 

  1. Login ke aplikasi THiJARI atau layari pautan berikut: www.thijari.com.my 
  2. Kemudian, pilih menu Perkhidmatan Haji.
  3. Pilih menu Rayuan Haji.
  4. Baca Garis Panduan dan Kategori Rayuan yang dipaparkan > Pilih Kategori Rayuan yang berkaitan.
  5. Lengkapkan Ruangan Maklumat kecuali Lanjut Usia, Mualaf dan Lain Rayuan.
  6. Seterusnya, baca dan pilih pada ruangan yang berkenaan pada Ruangan Bayaran Haji, Kesihatan dan Akad Istita’ah.
  7. Klik HANTAR setelah semua bahagian dilengkapi.
  8. Maklumat Status Rayuan akan dipaparkan.
  9. Sila pastikan pemohon klik Muat Turun.
  10. Surat maklum balas akan dimuat turun dan pemohon hendaklah mengikuti dan memahami kandungan arahan dalam surat berkenaan.
  11. Salinan surat maklum balas permohonan rayuan akan dihantar ke email pemohon.

Anda juga boleh rujuk gambar rajah di bawah:

Rayuan Haji 2023

Proses Rayuan Haji 

1. Mohon rayuan

2. Pilih kategori rayuan

3. Semakan rayuan

4. Status rayuan

Rayuan Haji 2023

Kategori & Contoh Alasan Rayuan

Terdapat beberapa pilihan kategori Rayuan iaitu:

  • Suami menjadi mahram kepada isteri Terpilih
  • Lelaki menjadi mahram kepada wanita terpilih (44 tahun dan ke bawah)
  • Lelaki menjadi mahram kepada wanita terpilih (45 tahun dan ke atas)
  • Isteri untuk mengikut suami Terpilih
  • Isteri untuk mengikut suami dan madu terpilih
  • Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Bakal haji Mualaf
  • Bakal haji lanjut usia (75 tahun dan ke atas)
  • Bakal haji Daftar lama
  • Lain-lain Rayuan

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lebih lanjut, anda boleh lawati laman web rasmi Tabung Haji di pautan berikut: www.tabunghaji.gov.my

Atau, hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian: 03-6207 1919.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: