Insentif Postpaid Penjawat Awam – Rebat RM10/bulan

Insentif Postpaid Penjawat Awam – Rebat RM10/bulan ~ Ekoran rungutan yang diterima daripada petugas barisan hadapan di lapangan berkaitan harga langganan talian pascabayar, Kementerian Komunikasi dan Digital telah mengumumkan satu inisiatif khusus untuk penjawat awam. 

Berikut dikongsikan lebih lanjut info mengenainya. 

BACA JUGA: Pakej 5G RAHMAH – Pelan Internet & Promosi Telefon Pintar 5G

Insentif Postpaid Penjawat Awam

Insentif Postpaid Penjawat Awam ini telah diumumkan sekali bersama Pakej 5G RAHMAH, pelan data dan pembelian telefon pintar 5G serendah RM240 sebulan atau RM120 untuk 100,000 pembeli terawal yang terdiri daripada kategori B40. 

Melalui insentif ini, semua penjawat awam layak untuk mendapatkan pemberian rebat RM10 sebulan. Ini bermakna, penjawat awam mendapat manfaat penjimatan pakej postpaid sebanyak RM120 setahun.

Menurut kenyataan tersebut, insentif ini adalah terpakai untuk mana-mana pakej postpaid sedia ada.

Insentif Postpaid Penjawat Awam - Rebat RM10/bulan

Usaha ini adalah sebagai usaha dalam mengurangkan beban pengguna talian perkhidmatan telekomunikasi dan akan dipergiatkan setiap masa bagi memastikan seluruh rakyat Malaysia menikmati kualiti perkhidmatan yang lebih baik pada kadar harga yang berpatutan. 

Insentif Postpaid Penjawat Awam ini adalah merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) yang terlibat serta dua (2) syarikat pengeluar peranti iaitu Samsung Malaysia dan Honor Malaysia.

BACA JUGA: Pakej Rahmah Allo – Harga Dan Perincian Pakej, Cara Langgan

Tarikh Pelaksanaan

Menurut kenyataan media, Insentif Postpaid Penjawat Awam ini akan berkuatkuasa bermula 31 Ogos 2023, sempena Hari Kebangsaan Malaysia. 

Insentif Postpaid Penjawat Awam - Rebat RM10/bulan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan insentif yang ditawarkan ini, anda boleh ikuti media sosial rasmi Kementerian Komunikasi dan Digital seperti di bawah:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: