Senarai Penuh SOP PKP, PKPB & PKPP Mulai 19 Februari 2021

Sidang media perkembangan terkini mengenai SOP PKP, PKPB & PKPP Mulai 19 Februari oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Ringkasan dari sidang media (16 Februari 2021) adalah seperti berikut:

  • Pergerakan melebihi radius 10 kilometer di negeri-negeri terbabit PKP, PKPB dan PKPP dibatalkan
  • Perlis satu-satunya negeri dikenakan PKPP, berkuatkuasa 19 Feb hingga 4 Mac
  • PKP 2.0 Selangor, KL, Johor dan Pulau Pinang dilanjutkan bermula 19 Feb hingga 4 Mac, negeri-negeri lain kecuali Perlis dikuatkuasakan PKPB

Terkini, pada 18 Februari, sidang media telah membuat pengumuman berikut:

Ringkasan SOP Majlis Perkahwinan Di Kawasan PKP, PKPB & PKPP (Mulai 19 Februari)

  • Aktiviti ‘dine-in’ di semua kawasan PKP, PKPB dan PKPP dibenarkan mulai esok mengikut keluasan meja serta penjarakan fizikal satu meter
  • Kedai buku, jualan but kereta dibenarkan beroperasi di semua kawasan PKP, PKPB dan PKPP
  • Jumlah penumpang dibenarkan mengikut kapasiti tempat duduk di dalam kenderaan di semua kawasan PKP, PKPB dan PKPP mulai esok
  • Akad nikah di kawasan PKP dibenarkan di masjid dengan kehadiran maksimum 20 tetamu tidak termasuk jurunikah dan saksi
  • Aktiviti pelancongan termasuk zoo, taman tema dan taman rekreasi di kawasan PKPB dan PKPP dibenarkan beroperasi dengan 50 peratus kapasiti premis
  • Seminar, bengkel, kursus, persidangan, ceramah, dibenar di kawasan PKPB, PKPP pada kapasiti 50% premis, kawasan PKP masih dilarang
  • Majlis rasmi, tidak rasmi kerajaan, majlis sosial kawasan PKPP dibenar dengan penjarakan fizikal, kawasan PKPB berkapasiti 50% premis
  • Spa & pusat refleksologi dibenarkan di kawasan PKPB & PKPP
sop pkp 19 februari

Baca juga: PKP 2.0: Contoh Surat Kebenaran Rentas Negeri / Daerah Bagi Urusan Kecemasan

Baca juga: PKP 2.0: Borang Permit Pergerakan PKP & PKPB PDRM (Download)

Senarai SOP Penuh Kawasan PKP, PKPB, & PKPP (PDF)

Maklumat dan SOP PKP 19 Februari yang lebih terperinci bagi kesemua negeri yang terlibat telah dikemaskini oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti dalam senarai penuh di bawah ini:

Untuk info terkini, sila rujuk media sosial Majlis Keselamatan Negara atau laman web MKN di https://www.mkn.gov.my/web/ms/sop-pkp-pemulihan/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: