Twitter Akan Caj 20USD Sebulan Untuk Akaun Pengguna Sah

Twitter merancang mengenakan bayaran 20USD sebulan ke atas pengguna yang mempunyai pengesahan ‘blue tick’ pada akaun mereka.

Perancangan ini merupakan sebahagian daripada program baik pulih yang diumumkan oleh Elon Musk pada Isnin, yang telah memuktamadkan pengambilalihan Twitter dengan harga 44 bilion USD.

Menurut laporan The Verge, pekerja Twitter dilaporkan diberitahu pada hari Ahad bahawa mereka akan dipecat jika sistem penentuan harga dan pengesahan Twitter Blue baharu tidak dilaksanakan menjelang 7 November, memberikan mereka kurang daripada 10 hari untuk berbuat demikian.

Musk nampaknya berpendapat perubahannya kepada Twitter Blue Tick ini akan membantu meningkatkan keuntungan syarikat.

Namun jika Twitter menjadikan pengesahan sebagai ciri berbayar, kemungkinan besar banyak akaun akan membiarkan status yang disahkan tamat tempoh.

Untuk makluman, kini Twitter mengecaj 4.99USD untuk mendapatkan akaun yang disahkan dengan ‘blue tick’ berkenaan.

Rata-rata dijangkakan ramai pengguna telah menyatakan bahawa mereka lebih suka akaun mereka tidak disahkan.

Sumber: BERNAMA, The Verge

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: