Cuti Pulang Mengundi PRU15 Bagi Pelajar IPT (5 Hari)

spr cuti mengundi

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengumumkan cuti pelepasan kepada pelajar IPT selama 5 hari untuk mengundi.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cuti mengundi yang diperuntukkan oleh pihak KPT melalui siaran media rasmi yang diumumkan pada 22 Oktober 2022.

blank
Kementerian Pengajian Tinggi

Cuti Pulang Mengundi Pelajar IPT

Sepertimana sedia maklum, PRU15 telah ditetapkan pada 19 November ini.

Dalam hubungan ini, berlandaskan semangat dan penguatkuasaan Undi18, pihak KPT bersetuju supaya semua IPT memberi pelepasan kepada pelajar untuk pulang mengundi.

Tarikh pelepasan adalah dari 17 hingga 21 November ini bagi memberi tempoh yang cukup kepada pelajar untuk membuat perjalanan pergi dan balik ke atau dari lokasi mengundi.

Semua kelas dan aktiviti pelajar dalam tempoh tersebut hendaklah ditangguhkan dan diadakan pada suatu tarikh yang lain.

Pelajar Yang Terlibat

Pelajar / IPT yang terlibat dengan pelepasan ini adalah seperti berikut:

  • IPT / universiti awam & swasta
  • Politeknik
  • Kolej Komuniti

Tarikh Pelepasan Cuti Mengundi IPT

  • Tarikh yang diberikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi : 17 November -21 November 2022
  • Jumlah hari pelepasan : 5 hari

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berhubung cuti pelepasan ini, sila rujuk kepada pihak pentadbiran IPT masing-masing.

Anda juga boleh mendapatkan maklumat terkini melalui laman sosial Kementerian Pengajian Tinggi.

Sila ikuti :

Baca juga: