Hari Kidal Sedunia: Fakta Menarik & Kelebihan Si Kidal

Hari Kidal Sedunia adalah merupakan hari meraikan individu yang mempunyai kecenderungan menggunakan tangan kiri dalam melakukan aktiviti seharian mereka. Ia disambut pada 13 Ogos, setiap tahun. 

Nak tahu lebih lanjut mengenai fakta menarik dan kelebihan individu yang menggunakan tangan kiri, jom baca perkongsian di bawah. 

BACA JUGA: Fakta Acrylamide Dalam Biskut / Makanan & Kaitan Dengan Kanser – KKM

Hari Kidal Sedunia 

Individu yang cenderung menggunakan tangan kidal bukanlah sesuatu yang baru. Penggunaan tangan sebelah kiri ini juga dikenali sebagai southpaws.

Tarikh 13 Ogos  telah dipilih oleh Persatuan Tangan Kiri Antarabangsa bagi meraikan golongan unik ini. Ia juga dikenali sebagai “International Left Handers Day”. 

Sambutan setiap tahun dilakukan bermula pada 1976 kerana pengguna tangan kiri dilihat agak pelik dan unik bagi pengguna tangan kanan dan ia tergolong dalam kalangan minoriti.  

Peristiwa ini disambut untuk memberikan kesedaran tentang wujudnya orang kidal yang terpaksa menyesuaikan diri dalam aktiviti harian mereka kerana rata-rata peralatan dalam kehidupan seharian kita dicipta untuk pengguna tangan kanan. 

Pakar analisis tulisan tangan, Dr Azura Hashim berkata kajian mendapati terdapat kira-kira 10 hingga 15 peratus populas bertangan di seluruh dunia. 

Hari Kidal Sedunia: Fakta Menarik & Kelebihan Si Kidal

Kelebihan Individu Menggunakan Tangan Kiri

Meskipun golongan kidal sering ini berhadapan dengan pelbagai cabaran setiap hari, terdapat banyak kelebihan yang dimiliki oleh golongan ini. Antara keistimewaan yang dimiliki oleh si kidal adalah:

1. Berfikir Luar Kotak

Kebanyakan individu kidal adalah seorang pemikir yang bagus. Mereka sering mempunyai idea atau buah fikiran yang cukup unik dan di luar kotak pemikiran individu biasa yang lain.

2. Sangat Berdaya Saing

Individu kidal juga dikatakan mempunyai semangat daya saing yang cukup tinggi dan tidak mudah menyerah kalah. Ini membuatkan mereka menjadi individu yang kuat berusaha dan mempunyai impian yang tinggi. 

3. Kreatif

Individu yang cenderung menggunakan tangan kiri juga akan dominan di otak kanan, iaitu lebih kreatif dalam melakukan sesuatu termasuklah cara berfikir. 

Hari Kidal Sedunia: Fakta Menarik & Kelebihan Si Kidal

4. Mempunyai Daya Fikiran dan Memori Yang Baik

Individu kidal juga dikatakan mempunyai kelebihan untuk memahami informasi dengan lebih cepat dan mengingati sesuatu dengan lebih baik.

5. Teguh Pendirian

Kebanyakan individu kidal juga mempunyai kemahiran yang penting untuk membina karakter yang cemerlang. Kualiti ini juga membolehkan si kidal untuk tidak terpengaruh dengan keadaan sekeliling serta teguh pada pendirian.

6. Peramah 

Ada juga fakta yang menyatakan bahawa individu kidal ini biasanya introvert. Namun, sebenarnya tidak semua bahkan ada ramai juga yang mudah memulakan perbualan dan bersikap peramah. 

7. Mudah Menonjol

Disebabkan keunikan yang mereka miliki, biasanya individu kidal in mudah menonjolkan diri dalam apa sahaja yang dilakukan. 

BACA JUGA: 10 Jenis Pisang Yang Boleh Dijumpai Di Malaysia & Faktanya

Fakta Menarik Mengenai Si Kidal

  • Kebanyakan orang kidal melukis figura menghadap ke kanan. 
  • Terdapat kecenderungan yang tinggi seseorang yang kidal untuk menghidapi disleksia. 
  • Orang kidal menyesuaikan diri dengan lebih mudah apabila di dalam air.
  • Orang kidal cemerlang dalam sukan terutamanya dalam tenis, besbol, renang dan lawan pedang.
  • Orang kidal biasanya mengalami akil baligh lambat sedikit berbanding individu yang cenderung tangan kanan. 

Kesimpulan

Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga atau rakan-rakan bertangan kidal, jom kongsikan informasi menarik ini bersama mereka! 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: