10 Jenis Pisang Yang Boleh Dijumpai Di Malaysia & Faktanya
Pisang adalah merupakan buahan yang sememangnya tidak asing lagi dan mudah didapati. Walaupun kelihatan lebih kurang sama, tahukah anda, terdapat lebih 1,000 jenis pisang yang ditanam di seluruh dunia!
Setiap jenis pisang mempunyai bentuk, warna dan/atau rasa yang berbeza. Bukan itu sahaja, pelbagai resepi berasaskan pisang juga boleh dibuat untuk hidangan harian. Biasanya hidangan berasaskan pisang ni digemari ramai oleh rakyat Malaysia.
Mari ketahui jenis pisang yang sering kita jumpai di pasaraya, pasar tani mahupun di kedai tepi jalan. Jom teruskan membaca!
BACA JUGA: Jenis Ikan Yang Biasa Dimakan & Didapati Di Malaysia
10 Jenis Pisang Yang Sering Dijumpai
1. Pisang Cavendish
Pisang Cavendish adalah pisang yang paling sering atau biasa anda ditemui di kedai runcit tempatan atau pasar tani. Pisang ini mempunyai rasa sedikit manis dan tekstur yang berkrim. Ia mempunyai pelbagai peringkat pematangan, dari hijau ke kuning, hingga kuning dengan bintik coklat.
2. Pisang Raja
Pisang Raja adalah merupakan salah satu jenis pisang yang popular di Malaysia dan juga Indonesia.
Ia mempunyai warna kuning cerah (sudah masak) + kehijauan (sekiranya belum terlalu masak), dan rasanya manis berkrim. Berbanding dengan Pisang Cavendish, ia mempunyai saiz yang sedikit kecil dengan purata empat hingga enam inci panjang. Harganya juga lebih murah.
3. Pisang Barangan
Pisang ini mempunyai kulit berwarna kuning dengan titik hitam kecil. Ia mempunyai rasa manis dan tekstur yang tidak terlalu lembut. Ia adalah sejenis pisang yang popular dimakan sebagai pencuci mulut di banyak kawasan di seluruh kawasan tropika.
4. Pisang Tanduk
Pisang tanduk mempunyai bentuk seperti tanduk dan kulit yang lebih tebal berbanding dengan jenis pisang-pisang yang lain. Selain kulitnya yang tebal, pisang ini juga mempunyai panjang lebih kurang 23-28 cm.
Biasanya isinya kurang manis dan berwarna putih atau kekuning-kuningan. Ia tidak sesuai untuk terus dimakan begitu sahaja. Ia sesuai dibuat bubur pisang, pisang goreng, kerepek dan sebagainya. Pisang ini biasanya terdiri daripada 1-5 sisir dan setiap satu sisirnya biasanya akan terdiri daripada 10-12 buah.
5. Pisang Raja Uli
Pisang raja uli adalah jenis pisang yang sering dijadikan sebagai pisang goreng. Apabila digoreng, rasanya menjadi semakin manis berlemak dan sedap. Masa terbaik untuk menggorengnya adalah ketika pisang belum masak sepenuhnya. Disebabkan ia berlemak, bolehlah anda potong pisang ini kepada dua atau tiga bahagian kemudian salut dengan bancuhan tepung dan goreng hingga kekuningan.
6. Pisang Merah
Seperti namanya, pisang merah mempunyai kulit ungu kemerahan. Isinya pula berwarna merah jambu muda dan jauh lebih manis dan lembut daripada pisang Cavendish. Ia juga mempunyai sedikit rasa seperti buah raspberi yang menjadikannya sangat menarik.
Pisang jenis ini sangat jarang ditemui di Malaysia. Pisang ini juga dikenali sebagai pisang raja udang atau nama saintifiknya, Musa Velutina.
7. Pisang Emas/Lady Finger
Pisang emas mempunyai rasa yang lebih manis dan saiz yang lebih kecil daripada pisang Cavendish. Ia mempunyai tekstur berkrim dan rasa manis seperti dicampur madu.
Pisang ini tinggi kandungan kalium dan juga serat. Ia juga mengandungi bakteria probiotik yang baik yang baik untuk kesihatan usus.
8. Pisang Manzano
Pisang Manzano atau juga dikenali sebagai pisang epal mempunyai rasa yang lebih manis daripada pisang Cavendish dengan sedikit rasa rangup epal-strawberi.
Biasanya ia ditanam di Amerika Tengah dan Selatan, Caribbean dan Mexico. Pisang ini mempunyai saiz yang pendek dan gemuk dengan kulit berwarna kuning yang berubah menjadi hitam apabila masak sepenuhnya.
9. Pisang Jawa Biru
Selain pisang berwarna merah, anda jangan terkejut pula melihat pisang berwarna biru ini!
Ia dikenali sebagai Pisang Jawa Biru atau, pisang aiskrim kerana rasa vanila yang manis dan rasa berkrimnya.
Kulit pisang ini berwarna biru dan isinya berwarna putih. Pisang jenis ini sangat tahan lasak dan boleh tumbuh di kawasan yang sejuk.
10.Pisang Kepok
Pisang Kepok juga dikenali sebagai pisang Sabah sangat sesuai dijadikan sebagai pisang goreng, kerepek pisang (pisang yang belum masak) ataupun direbus begitu sahaja.
Pisang ini mudah untuk dikupas terutamanya apabila sudah cukup masak. Rasanya juga agak manis.
Sekiranya belum cukup masak, ai akan berwarna hijau dan isinya keras serta bergetah apabila dikupas.
Fakta Menarik Tentang Pisang
- Pisang sebenarnya dianggap sejenis buah beri kerana tumbuh dalam kelompok.
- Pisang tumbuh subur dalam iklim panas dan mahupun lembap.
- Pisang paling kerap diimport dari Amerika Tengah, termasuk Panama, Costa Rica, Guatemala dan Ecuador. \
- Terdapat lebih 1,000 jenis pisang yang berbeza, namun, kira-kira separuh daripadanya tidak boleh dimakan.
- Jenis pisang yang paling biasa yang anda temui di kedai makanan tempatan anda ialah Cavendish.
BACA JUGA: Fakta Acrylamide Dalam Biskut / Makanan & Kaitan Dengan Kanser – KKM