Harga Beras Terkini 2023 di Malaysia Mengikut Gred

Harga Beras Terkini 2023 di Malaysia ~ Beras adalah merupakan makanan ruji bagi rakyat Malaysia. Sebarang peningkatan mahupun penurunan harga akan memberi impak kepada rakyat Malaysia. 

Untuk pengetahuan anda, harga beras terkini (Julai 2023), Beras Super Spesial Tempatan (SST) masih dikekalkan walaupun permintaan agak tinggi. Untuk harga beras import pula, terdapat kenaikan sebanyak RM1 & RM2 untuk sekampit.  

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

harga beras terkini 2023

BACA JUGA: Harga Cabut Gigi Di Klinik Kerajaan Dan Swasta 2023

Harga Beras Terkini 2023 di Malaysia – Julai

Umumnya, Beras Super Spesial Tempatan (SST) masi kekal pada harga RM2.60/ 1kg di peringkat pengguna. Manakala, harga pasaran beras putih import di peringkat runcit majoritinya masih berada di paras RM32 dan ke bawah bagi setiap beg 10 kilogram.

Berikut adalah harga beras terkini di Malaysia mengikut daerah dan juga gred beras; 

NOTA:

  • Subruang (i) – Negeri Kedah dan Perlis, daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan dalam Pulau Pinang, daerah Krian dalam Negeri Perak, daerah K. Selangor dan Sabak Bernam dalam Negeri Selangor dan Negeri Kelantan, dikecualikan daripada daerah Gua Musang
  • Subruang (ii) – Negeri Terengganu, Pulau Pinang dan Perak, dikecualikan daripada Negeri-negeri itu daerah yang dimasukkan dalam Wilayah yang disebutkan dalam subruang (i)
  • Subruang (iii) – Wilayah Persekutuan, dan Negeri Selangor, dikecualikan daripadanya daerah K. Selangor dan Sabak Bernam
  • Subruang (iv) – Negeri Sembilan dan Melaka
  • Subruang (v) – Negeri Johor, Negeri Pahang dan Daerah Gua Musang dalam Negeri Kelantan
  • Subruang (vi) – Kota Kinabalu, Tawau, Lahad Datu, Kuching, Bintulu, Sibu dan Wilayah Persekutuan Labuan

Akta Kawalan Harga Beras

Beras adalah merupakan barang terkawal, oleh itu peniaga tidak boleh menaikkan harga sesuka hati terutamanya bagi beras Super Spesial Tempatan 5% (SST5). 

Harga kawalan maksimum beras putih tempatan telahpun termaktub di dalam peruntukan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522). Untuk harga beras putih import, harganya tidak termasuk dalam akta kerajaan tersebut. 

harga beras terkini malaysia

Sekiranya terdapat peniaga atau peruncit yang meletakkan harga yang tidak sepatutnya, anda boleh laporkan segera kepada pihak berkuasa. 

Orang ramai digesa untuk melaporkan perkara tersebut bagi mengelakkan kejadian tersebut terus berleluasa. 

Hantarkan aduan anda melalui emel: [email protected] atau capaian https://skpb.kpkm.gov.my/adu, atau hubungi talian berikut:  03-88701751/1748/1183

Salurkan sebarang pertanyaan atau aduan bekalan dan harga juga boleh dilakukan dengan menghubungi talian hotline KPB mengikut negeri: (rujuk gambar dibawah)

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Bahagian Pembangunan Industri Padi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui pautan berikut: https://portalelesen.kpkm.gov.my/

Atau, ikuti Facebook Rasmi KPKM : https://www.facebook.com/kpbkpkm

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: