Harga Cabut Gigi Di Klinik Kerajaan Dan Swasta 2023
Mengalami sakit gigi bukanlah satu perkara yang menyeronokkan. Bahkan ada yang mengatakan bahawa sakit gigi hampir setara dengan sakit bersalin!
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan gigi anda sakit antaranya ialah, gigi berlubang, plak gigi terlalu banyak, masalah gusi, gigi tidak teratur, gigi tumbuh di kawasan tidak sesuai dan sebagainya.
Salah satu cara untuk menyelesaikan masalah sakit gigi yang dialami adalah dengan mencabut gigi tersebut.
Berikut kami kongsikan senarai harga cabut gigi di klinik kerajaan dan swasta yang terkini untuk panduan anda sekiranya anda berhajat untuk mendapatkan rawatan pergigian. Jom semak!
Harga Cabut Gigi Terkini 2023
Umum mengetahui, harga cabut gigi adalah mengikut tahap kerosakan gigi yang dialami serta berdasarkan senarai harga yang ditetapkan oleh sesebuah klinik mengikut perkhidmatan yang ditawarkan, fasiliti yang digunakan dan sebagainya.
Biasanya klinik gigi kerajaan akan menawarkan harga yang jauh lebih rendah berbanding klinik gigi swasta.
Namun, sekiranya anda inginkan rawatan yang cepat tanpa perlu menunggu lama, anda digalakkan untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta.
Tetapi, harga yang ditawarkan memang agak tinggi berbanding klinik gigi kerajaan. Apapun, semuanya bergantung pada bajet anda.
A. Harga Cabut Gigi Klinik Kerajaan 2023
Jenis Rawatan | Kelas I | Kelas II | Kelas III | Pesakit Luar |
Cabutan sebatang gigi kekal/ supernumerari/ akar tertinggal | RM 25 | RM 20 | Percuma | RM 1 |
Cabutan gigi desidus (setiap gigi) | RM 20 | RM 15 | Percuma | RM 1 |
Pembuangan melalui pembedahan (setiap gigi/ gigi terimpak mudah/ akar tertinggal) | RM 225 | RM 80 | RM 15 | RM 15 |
Pembuangan gigi terimpak melalui pembedahan (setiap gigi) (rumit) | RM 1200 | RM 400 | RM 50 | RM 50 |
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai caj rawatan pergigian yang lain seperti tampalan dan sebagainya, anda boleh rujuk Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia di pautan berikut: CAJ RAWATAN PERGIGIAN KERAJAAN
B. Harga Cabut Gigi Klinik Swasta 2023
Berbeza dengan klinik gigi kerajaan, setiap klinik gigi swasta mempunyai cas yang ditetapkan sendiri. Ini menjadikan setiap klinik swasta mempunyai kadar harga cabutan gigi yang berbeza.
Anda harus bijak memilih klinik gigi yang benar-benar menawarkan perkhidmatan yang terbaik disamping harga yang berpatutan sekiranya berhajat untuk mendapatkan rawatan di klinik gigi swasta agar berbaloi.
Berdasarkan beberapa sumber, berikut ialah julat harga cabut gigi di klinik swasta pada masa ini.
Jenis Cabutan Gigi | Harga |
Cabutan Gigi Kekal | RM65 ke atas |
Cabutan Gigi Susu | RM45 ke atas |
Cabutan Gigi-Kes Kompleks | RM135 ke atas |
Cabutan Gigi Terimpak/Bongsu (pembedahan kecil) | RM600 ke atas |
Biopsy dan Report | RM250 ke atas |
Incision and Drainage (Pembuangan Nanah) | RM75 ke atas |
Post Operative Review Per Visit (Rawatan Susulan Selepas Cabutan Bermasalah/Pembedahan) | RM30 ke atas |
Pemeriksaan Gigi & Perundingan | RM10 ke atas |
Cadangan dan Larangan Selepas Cabut Gigi
Selepas membuat cabutan gigi, pastikan anda mendengar arahan dan nasihat yang diberikan oleh doktor gigi untuk menggalakkan penyembuhan berlaku dengan lebih cepat.
Anda boleh rujuk beberapa cadangan dan larangan selepas mencabut gigi seperti yang disenaraikan di bawah.
- Pastikan anda menggigit kain kasa yang dibekalkan selepas cabutan selama 3-4 jam pada gigi yang dicabut untuk menghentikan pendarahan.
- Lakukan kompres sejuk pada pipi selama 10 minit untuk mengelakkan bengkak.
- Ambil ubat penahan sakit atau antibiotik yang diberikan oleh doktor.
- Kurangkan makanan keras dan panas selama 1 minggu.
- Jangan gunakan bahagian gigi yang sakit semasa mengunyah.
- Jangan minum melalui penyedut minuman selama 24 jam untuk mengelakkan rasa sakit dan pembekuan darah pada gusi yang terjejas.
- Berhati-hati semasa memberus gigi supaya tidak menyentuh gusi tempat gigi dicabut.
- Jangan merokok semasa proses penyembuhan.
- Cuba jangan sentuh gusi yang sakit dengan lidah atau tangan anda untuk mengelakkan jangkitan dan melambatkan proses penyembuhan.
- Banyakkan berehat dan kurangkan aktiviti berat untuk 24 jam pertama selepas cabut gigi.
- Gunakan lebih banyak bantal semasa berbaring untuk mengurangkan rasa sakit.
- Sekiranya berlaku pendarahan ataupun kesakitan selepas 24jam cabutan pastikan anda merujuk kembali doktor gigi yang merawat anda.