Kadar Penggunaan Katil ICU Kini 91%, Lembah Klang 113%

Pada 21 Mei 2021, kadar penggunaan katil ICU COVID-19 secara keseluruhannya di seluruh negara telah mencapai 91%. Manakala di Lembah Klang, angka ini telah mencecah 113%.

Bagi menampung peningkatan ini, hospital-hospital terpaksa menukar fungsi (repurpose) lain-lain kawasan di dalam hospital seperti wad biasa untuk dijadikan ICU sementara dengan melengkapkan katil-katil dengan peralatan perubatan tertentu.

Walau bagaimanapun, ini juga mengurangkan peluang pesakit bukan COVID-19 untuk mendapatkan rawatan kritikal yang diperlukan.

blank

Di Hospital Sungai Buloh misalnya, sebahagian daripada Jabatan Kecemasan telah ditukar menjadi tempat rawatan kritikal / ICU.
Sistem kesihatan negara menghadapi tekanan yang amat besar dan memerlukan bantuan anda untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Berikut disertakan senarai tertinggi penggunaan katil ICU di Wilayah Tengah beserta senarai negeri dengan penggunaan katil ICU tertinggi.

blank
blank

Lakukanlah kawalan pergerakan kendiri dengan kekal duduk di rumah.

Sekiranya terdapat urusan penting di luar, pastikan patuh kepada SOP.

Majikan diseru untuk memberi kebenaran kepada pekerja untuk bekerja dari rumah (BDR) dan menghadkan bilangan pekerja yang hadir ke pejabat pada satu-satu masa.

Jangan tunggu lagi. Kita jaga kita.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia