Bayaran Denda Lewat Daftar Kelahiran JPN & Dokumen Yang Diperlukan
PROSEDUR LEWAT DAFTAR KELAHIRAN & KADAR DENDA
Setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan dalam tempoh 60 hari (Semenanjung) dan 42 hari (Sabah & Sarawak) dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut.
TERKINI: PENAMATAN PENDAFTARAN LAMBAT DAN LEWAT KELAHIRAN DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) AKAN DITAMATKAN PADA 1 FEBRUARI 2022
Sumber : https://www.jpn.gov.my/my/pengumuman/1653-pendaftaran-lambat-dan-lewat-kelahiran
Syarat Permohonan
Permohonan pendaftaran lewat kelahiran hendaklah terdiri daripada kategori individu seperti berikut:
- Ibu dan bapa kanak-kanak.
- Ibu atau bapa dan seorang penganjur yang mengetahui mengenai kelahiran kanak-kanak tersebut. Umur penganjur adalah 10 tahun lebih tua daripada kanak-kanak (jika ibu atau bapa tidak dapat dikesan / meninggal dunia).
- Dua (2) orang penganjur yang mengetahui mengenai kelahiran kanak-kanak tersebut. Umur setiap penganjur adalah 18 tahun dan ke atas dan perbezaan umur sekurang-kurangnya 10 tahun lebih tua daripada kanak-kanak (jika ibu dan bapa tidak dapat dikesan / meninggal dunia).
JIKA PERMOHONAN MELALUI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT:
- Seorang (1) penganjur yang merupakan Pegawai Kebajikan Masyarakat dan seorang (1) individu yang diberi hak penjagaan kanak-kanak mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 (jika kanak-kanak dijumpai terdedah).
Prosedur Permohonan
Pemohon dikehendaki hadir di JPN berhampiran seluruh semenanjung Malaysia dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.
Kadar Denda Lewat Daftar Kelahiran
Dokumen Yang Diperlukan
1. Keputusan Carian JPN.LM14 (bagi kelahiran yang berlaku pada tahun 2002 dan ke bawah) (asal dan salinan).
2. Borang Daftar Kelahiran JPN.LM01 yang telah diisi dengan lengkap (asal).
3. Borang Pengesahan Kelahiran daripada hospital atau Surat Pengesahan Bidan / Doktor bagi kelahiran di rumah (asal).
4. Laporan Polis jika kelahiran berlaku di rumah dan ibubapa kandung kanak-kanak tidak dapat dikesan (asal)
DOKUMEN KANAK-KANAK
1. 1 keping gambar penuh terkini kanak-kanak berukuran 4R.
2. 1 keping gambar terkini kanak-kanak berlatar belakang warna biru berukuran pasport.
3. Kad Kesihatan & Imunisasi Kanak-kanak (asal dan salinan).
4. Cabutan Daftar Sekolah atau Sijil Persekolahan beserta pengesahan oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah jika kanak-kanak bersekolah dan berumur tujuh (7) tahun ke atas atau Surat Akuan Kanak-Kanak Tidak Pernah Bersekolah yang diisi oleh Penghulu atau Ketua Kaum atau Ahli Parlimen atau ADUN dalam kawasan di mana kanak-kanak tinggal dan kanak-kanak berumur tujuh (7) tahun ke atas (asal dan salinan).
5. Surat Akuan Kelahiran Kanak-kanak oleh Ketua Kampung atau Ketua Kaum atau Ahli Parlimen atau ADUN dalam kawasan kelahiran kanak-kanak berlaku – bagi kelahiran berlaku di rumah (asal).
DOKUMEN IBU DAN BAPA
1. Kad Pengenalan atau Pasport atau Sijil Kelahiran atau Sijil Kematian (asal dan salinan).
2. Dokumen Perkahwinan atau Perceraian (asal dan salinan).
3. 1 keping gambar terkini ibu dan bapa berlatar belakang warna biru berukuran pasport.
4. Kad Pranatal (Buku Rawatan Mengandung) atau Kad Rawatan Semasa Ibu Mengandung (asal dan salinan).
DOKUMEN ADIK BERADIK
1. Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan adik-beradik kanak-kanak (salinan).
2. 1 keping gambar terkini adik-beradik berlatar belakang warna biru berukuran pasport.
3. Borang Maklumat Keluarga BMK81 dan BMK81A (asal).
DOKUMEN PENGANJUR
1. Kad Pengenalan atau Pasport atau Kad UNHCR (asal dan salinan).
2. Borang Akuan AM 80 bagi penganjur yang mengetahui tentang kelahiran kanak-kanak (asal).
DOKUMEN SAKSI
1. Kad Pengenalan atau Pasport atau Kad UNHCR (asal dan salinan).
2. Surat Akuan Saksi yang mengetahui mengenai kelahiran kanak-kanak – jika kelahiran berlaku di rumah (asal).
DOKUMEN TAMBAHAN
1. Surat Akuan (SA81) (asal).
2. Bil Utiliti (bil air / bil elektrik / bil astro / bil telefon)
(Sumber: JPN Petaling Jaya)
Rujukan Borang:
- BORANG AM 80
- BMK 81 – BORANG MAKLUMAT KELUARGA (2 SEPARATE PAGE) – JPN PUTRAJAYA
- BMK 81A – BORANG SENARAI GAMBAR (SEPARATE PAGE) – JPN PUTRAJAYA
- JPN.LM27 – BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN LEWAT KELAHIRAN – Surat Akuan Berkanun
*Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.
Kadar Denda Lewat Daftar Kelahiran
Fi Permohonan: RM 50.00
Pendaftaran Kelahiran Online
Kini pendaftaran kelahiran adalah lebih mudah dengan adanya JPN eServices.
Pendaftaran kelahiran boleh dilakukan secara dalam talian melalui Portal Rasmi JPN
(Bagi kelahiran dalam tempoh 30 hari (Semenanjung) dan 7 hari (Sabah, Sarawak & Labuan)
*Sila rujuk cara pendaftaran kelahiran online :
https://harianpost.my/daftar-kelahiran-online-jpn/
Maklumat Lanjut
https://www.jpn.gov.my/my/perkhidmatan/kelahiran/semenanjung/pendaftaran-lewat-sm