Cara Daftar Boost eWallet & Tebus Kredit Percuma RM150 eBelia

CARA DAFTAR BOOST EWALLET

Seperti yang kita semua sedia maklum, Program eBelia telah dilancarkan dan boleh ditebus mulai 1 Jun 2021.

Boost terpilih menjadi e-Dompet rasmi dalam menjayakan inisiatif eBelia Kerajaan Malaysia demi membantu meringankan perbelanjaan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan berdaftar serata Malaysia.

Di sini dikongsikan cara daftar Boost eWallet dan tebus RM150 kredit percuma yang diberikan oleh kerajaan untuk warga belia yang layak di bawah program ini.

boost ewallet

Apakah Boost eWallet?

Boost App adalah e-dompet yang boleh anda gunakan untuk membayar tanpa perlu menggunakan wang tunai fizikal.

Untuk pengguna prabayar, tambah nilai prabayar mudah alih anda dalam perjalanan dengan Boost dan nikmati pulangan tunai selepas setiap tambah nilai.

Anda juga boleh menambah kredit mudah alih untuk orang lain.

Berikut adalah antara kelebihan aplikasi Boost.

  • Boost menawarkan pelbagai baucar dari jenama kegemaran anda didiskaun hingga 50% seperti The Chicken Rice Shop, Fashion Valet, Tealive, MyBurgerlab dan banyak lagi.
  • Hantarkan baucar ini sebagai hadiah kepada orang yang anda sayangi secara PERCUMA, termasuk juga kepada pengguna bukan Boost.
  • Anda juga boleh membahagi bil dengan mudah hanya dengan menghantar atau menerima wang di kalangan keluarga & rakan anda tanpa sebarang caj antara bank.
  • Kongsi Invitation Code dan anda boleh dapatkan sehingga RM5 apabila rakan anda membuat pembelian pertama atau pembayaran minimum RM10.
  • Mereka yang memasukkan Invitation Code juga akan menikmati RM5 setelah tambah nilai kredit mudah alih RM10 pertama mereka juga!

Bayar dengan Boost di lokasi yang mengambil bahagian ini (https://www.myboost.com.my/places/).

Cara Daftar Boost eWallet

  1. Muat turun aplikasi Boost dari Google Play Store atau Apple App Store
  2. Buka aplikasi Boost.
  3. Klik pada “Register”
  4. Masukkan nombor telefon anda dan Boost app akan menghantar SMS dengan kod TAC 6 digit. (Jika anda tidak menerima SMS, klik pada “Did not receive SMS” dan boost app akan menghantar semula SMS.)
  5. Masukkan nama anda.
  6. Masukkan alamat e-mel anda.
  7. Sediakan kata laluan supaya anda boleh log masuk ke Akaun Boost anda.
  8. Sediakan PIN transaksi 6-digit untuk membuat semua transaksi dalam aplikasi boost.
  9. Masukkan invite code (sekiranya ada) untuk mendapatkan tambahan bonus RM 5
  10. Pilih telco anda
  11. Pilih wallet pilihan anda – BASIC (dengan had wallet RM200) atau PREMIUM (dengan had wallet RM1,500). Jika anda memilih PREMIUM, anda dikehendaki memberikan butiran IC / pasport anda.
  12. Anda perlu buat transaksi minimum RM 10, membolehkan anda membuat penghantaran wang kepada seseorang menggunakan nombor telefon bimbit.

Baca juga: Cara Daftar & Aktifkan ShopeePay. Tebus Kredit Percuma RM150 eBelia!

Cara Tebus Kredit RM150 eBelia Melalui Boost Apps

Untuk menuntut RM150 eBelia, anda perlulah memenuhi syarat berikut terlebih dahulu:

  • Warganegara Malaysia mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2021 (lahir pada tahun 2001 hingga 2003) atau
  • Merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar.

Berikut adalah langkah claim kredit percuma RM150 eBelia:

  1. Klik banner eBelia di homepage app Boost
  2. Tekan ‘Claim Now’ dan check dalam 3 hari (ini standard untuk semua e-wallet eBelia)
  3. RM150 eBelia akan tertera dalam Wallet di homepage. Jangan risau, dia macam Wallet biasa, go shop online atau offline pun boleh!
  4. Tekan ‘Get Rewards’ untuk extra savings bila shopping nanti seperti vouchers atau cash rewards. Now start Boostin’!
  5. Tip: Guna rewards dari Boost dulu, baru eBelia for extra savings! Dengan full lockdown ini, stay safe at home dan shopping la puas-puas di phone anda dengan Boost!

Rujuk langkah bergambar di bawah:

NOTA:

Untuk pengguna Boost baru – sila muat turun dan daftar akaun Boost, sahkan dan naiktaraf ke akaun Premium sebelum 1 Jun!

Untuk pengguna Boost sedia ada – pastikan akaun Boost korang disahkan dan dinaiktaraf ke akaun Premium sebelum 1 Jun untuk memudahkan proses tuntutan.

Get ready untuk menggandakan bantuan eBelia korang dengan pelbagai ganjaran menarik dari Boost!

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk maklumat terkini sila rujuk Portal Rasmi Boost di https://www.myboost.com.my/Campaign%20Terms/terms-and-conditions-applicable-to-claimants-for-e-belia/?fbclid=IwAR01qbcgEYxVa5RObD-Q9R5clAPWarRzIIvyUSvwVoDuXtMLhTtLbOzMwPY

Facebook: https://www.facebook.com/myboostapp

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: