Cara Baiki Masalah Tv Berbelang Jalur. DIY Sendiri Je!

Pada zaman sekarang televisyen sudah menjadi satu keperluan untuk mengisi masa lapang seseorang. Ibarat seperti jika tiada televisyen di rumah, tidak lengkaplah sesebuah rumah itu.

Dengan adanya televisyen dirumah, kita boleh meluangkan masa dengan menonton movie bersama keluarga, boleh bermain game PSP atau Xbox, boleh juga tahu info semasa dengan menonton berita di televisyen dan pelbagai lagi.

Bukan saja manusia atau haiwan yang mempunyai tempoh hidup, bahkan televisyen juga mempunyai tempoh masanya juga. Jika kita sudah terlalu lama menggunakan televisyan, pasti akan timbul banyak masalah.

Ialah, televisyen ini bukan setiap bulan kita perlu membeli dan tukar. Malah bertahun-tahun lama penggunaannya selagi televisyen dirumah tidak rosak.

Kebiasaan kerosakan yang sering berlaku ditelevisyen lama adalah seperti gambar bergoyang dan skrin berbelang warna-warni. Walaupun televisyen itu masih berfungsi dan boleh di tonton, tetapi agak sedikit memeningkan juga untuk penonton.

Jika mahu dibaiki, boleh mencecah ratusan ringgit juga. Jika hendak beli baru, bajet untuk televisyen baru tiada pula. Ditambah lagi pada masa sekarang, ekonomi tidak stabil dan memerlukan wang ke arah yang lebih penting.

Jika anda mempunya masalah televisyen berbelang warna-warni. Anda tidak perlu risau lagi, menerusi facebook Fadeli Sharip, beliau telah berkongsikan cara-cara untuk membaiki televisyan yang berbelang warna-warni menjadi kembali sempurna.

Antara langkah-langkahnya adalah:

  1. Buka cover belakang.
No photo description available.

2. Kat sini try n error. Tepek salotape kat A baru jadi.

No photo description available.

3. Letak salotape kat sini. Ni pun kene try n error.

No photo description available.

4. Siap sudah.

May be an image of text that says "LINDUNG DIRI LINDUNG SEMUA LG 12:02"

Mudah saja kan?. Dengan hanya menggunakan modal yang rendah untuk menggantikan bahagian yang rosak itu, anda sudah berjimat banyak wang ringgit daripada baiki di luar.

Jika anda masih lagi tidak faham cara-cara untuk membaiki televisyen yang berbelang warna-warni ini, anda boleh rujuk link youtube ini. Fadeli Sharip juga merujuk link ini untuk membaiki televisyen nya yang rosak itu.

Sumber: Fadeli Sharip.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: