Bantuan PTPTN Sarawak: Semakan Pengurangan 30% Mulai 9 Mac 2021

BANTUAN PTPTN SARAWAK – INSENTIF BAYARAN BALIK UNTUK PEMINJAM ANAK SARAWAK

Pada 5 Mac, berlangsungnya Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman antara Yayasan Sarawak dengan PTPTN, di mana sebanyak RM30 juta diperuntukkan kerajaan Sarawak sebagai dana permulaan untuk pembayaran balik pinjaman bekas pelajar dari negeri ini dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata pembayaran hutang pinjaman bekas pelajar yang layak itu dibuat menerusi Yayasan Sarawak.

Beliau berkata, kerjasama antara Yayasan Sarawak dan PTPTN dalam menyelesaikan isu tunggakan bayaran pinjaman pelajar di negeri ini mampu meringankan beban hutang mereka yang terbabit.

Peminjam ini adalah terdiri daripada anak-anak Sarawak yang telah menyelesaikan 30% pinjaman mereka dan semakan boleh dibuat mulai 9 Mac 2021.

Di sini kami kongsikan maklumat lanjut tentang Insentif Bantuan PTPTN Sarawak 2021 yang dirujuk melalui laman web rasmi PTPTN.

bantuan ptptn sarawak

Apakah Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak 2021?

Insentif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sarawak adalah dalam bentuk pengurangan sebanyak 30% ke atas baki pinjaman PTPTN peminjam dalam kalangan anak-anak Sarawak.

Syarat Kelayakan Bantuan PTPTN Sarawak 2021

Peminjam yang layak adalah seperti berikut:

  1. Peminjam merupakan anak Sarawak (Sarawakian) iaitu sama ada salah seorang ibu atau bapa kelahiran negeri Sarawak;
  2. Peminjam telah menyelesaikan sekurang-kurangnya 30% daripada baki hutang pinjaman; dan
  3. Peminjam telah menamatkan pengajian dengan jayanya (tidak termasuk gagal/ berhenti pengajian).

Peminjam yang telah menyelesaikan keseluruhan pinjaman adalah tidak layak mendapat insentif ini.

Baca juga: Permohonan Matrikulasi 2021, PISMP & PPC Untuk Lepasan SPM 2020

Bagaimanakah Kelayakan Pengurangan Sebanyak 30% Ditentukan?

Kelayakan pengurangan sebanyak 30% ditentukan daripada jumlah bayaran balik yang telah dijelaskan oleh peminjam hendaklah sekurang-kurangnya 30% daripada hutang PTPTN.

Contoh pengiraan:

BilPerkaraJumlah (RM)
1.Jumlah keseluruhan pinjaman dikeluarkan15,000
2.Bayaran balik oleh pelajar telah mencapai sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah keseluruhan hutang(5,000)
3.Baki pinjaman10,000
4.Insentif sebanyak 30% daripada Kerajaan Negeri Sarawak(3,000)
5.Baki pinjaman yang perlu dibayar oleh peminjam7,000

Baca juga: Panduan Ringkas e-Filing 2021 LHDN (Tahun Taksiran 2020) Mulai 1 Mac

Kaedah Pelaksanaan

Peminjam tidak perlu mengemukakan sebarang permohonan.

PTPTN akan mengemukakan senarai peminjam yang layak kepada Kerajaan Negeri.

Kaedah Semakan Status

Semakan boleh dibuat di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my/SemakanInsentifBayaranBalikAnakSarawak) mulai 9 Mac 2021.

Adakah Insentif Ini Terhad Kepada Tempoh-tempoh Tertentu?

Tidak.

Bantuan PTPTN Sarawak ini terbuka kepada mana-mana peminjam yang mencapai 30% bayaran balik.

Bagi pemberian kelompok pertama, bayaran balik adalah sehingga 31 Oktober 2020.

Peminjam hendaklah meneruskan bayaran balik masing-masing agar dapat menikmati inisiatif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri ini.

*Sumber: Portal Rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Maklumat Lanjut

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: