Contoh Menu Potluck Sesuai Untuk Pelbagai Majlis

Contoh Menu Potluck ~ Sepanjang tahun, pelbagai majlis dan acara makan-makan biasanya diadakan sama ada di tempat kerja mahupun sekolah anak-anak. Semestinya, kita hendak menyediakan makanan yang sedap dan menarik serta mudah disediakan. Betul tak?

Sekiranya anda sedang mencari idea contoh menu potluck yang mudah disediakan serta sesuai untuk pelbagai majlis seperti majlis harijadi, hari raya dan sebagainya, jom baca perkongsian di bawah. 

BACA JUGA: Menu Rahmah RM5 : Senarai Menu & Premis Terlibat – KPDN

Apa Itu Potluck? 

Potluck adalah merupakan sebuah cara untuk menjayakan majlis ataupun acara di mana setiap tetamu perlu membawa hidangan makanan untuk dikongsikan bersama. Menu potluck boleh ditentukan berdasarkan tema majlis ataupun mengikut kesesuaian. 

Contoh Menu Potluck

Untuk mengelakkan pembaziran makanan, biasanya pengendali majlis akan membuat senarai makanan yang perlu dibawa dan meminta sesiapa yang berkelapangan untuk membawanya. Ataupun, memberi ruang untuk tetamu menulis menu yang ingin dibawa dalam satu senarai agar tidak ada menu yang sama. 

7 Contoh Menu Potluck Untuk Jamuan Di Tempat Kerja Atau Sekolah

1. Sandwich

Sandwich adalah merupakan salah satu makanan yang sangat mudah disediakan serta sudah pasti disukai ramai. Anda boleh buat sendiri tanpa perlukan bantuan orang lain. Antara idea sandwich yang anda boleh sediakan ialah; 

  • Sandwich Mentega Kacang
  • Sandwich Coklat/Strawberi/Dll
  • Sandwich Telur
  • Sandwich Tuna
  • Sandwich Sardin
  • Sandwich Ayam/Daging
Sumber: Zai Ghulam’s via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

2. Koktail Buah Campur

Koktail juga merupakan menu kesukaan ramai. Menu ini sesuai dibawa untuk pelbagai majlis termasuk majlis sambutan hari raya ataupun acara makan-makan yang santai. Nak sediakan pun mudah sahaja. Anda boleh rujuk cara-caranya di bawah:

Bahan-bahan:

  • Susu sejat
  • Susu pekat
  • Buah-buahan (buah laici dalam tin, buah naga, buah mangga)
  • Cincau
  • Ais

Cara-cara:

Campurkan semua bahan dan kacau rata. Tambahkan ais dan sedia untuk dihidangkan. Anda boleh sukat bahan mengikut jumlah hidangan dan kesesuaian. 

3. Kek Batik

Kek batik memang mudah sangat nak disediakan. Bahan yang diperlukan pun tak banyak.

Sekiranya anda betul-betul tak ada masa nak buat, anda boleh tempah yang dah siap.

Harganya pun berpatutan dan tak mahal sangat jika dibandingkan dengan kek-kek lain. Memang pilihan menu potluck yang dijamin laku! 

4. Nasi Goreng Kampung

Nasi goreng kampung adalah hidangan yang popular dan mudah disiapkan. Anda hanya perlu menumis bawang putih, bawang merah, cili dan jangan lupa masukkan ikan bilis. Nak lagi ‘meriah’, anda boleh tambahkan ayam, udang, dan sayuran seperti kangkung dan seumpamanya. 

Nak mudah, gunakan sahaja perencah nasi goreng kampung yang terdapat di pasaraya. Sediakan telur mata sapi sebagai pelengkap. Memang terliur!

5. Roti John

Lebih kurang seperti sandwich, roti john juga pilihan menu potluck yang mudah disediakan. Anda hanya perlukan roti, inti (ayam, telur, daging), sayuran, keju, sos (cili/tomato/blackpepper/dll). Masa untuk siapkan sebuah roti john pun tak lama. 

6. Mee Goreng Mamak

Mee goreng mamak adalah hidangan yang mudah dan disukai ramai. Anda boleh sediakan sosej, ayam goreng ataupun telur sebagai pelengkap menu ini. Sekiranya perlu, anda juga boleh bungkus siap-siap dalam plastik kecil ataupun bekas polisterin untuk memudahkan menu anda dimakan.

7. Kerabu Mangga

Kerabu mangga adalah hidangan yang membuka selera. Sekiranya terdapat banyak mangga muda di rumah anda, bolehlah anda sediakan menu ringkas ini. 

Hiriskan buah mangga dan campurkan dengan hirisan bawang merah, cili padi, daun kari, dan daun pudina. Kemudian, tambahkan perasan limau, gula, garam, dan sedikit air. Dah siap!

Jom Cuba Menu Potluck Menarik! 

Contoh menu potluck yang disenaraikan di atas sememangnya sangat mudah untuk disediakan dan sesuai untuk dibawa dalam pelbagai majlis makan-makan. 

Salah satu tips berguna ketika menghadiri majlis potluck sekiranya anda tidak sempat ataupun tidak tahu nak bawa apa, bawa air minuman; air botol, air kotak, ataupun air mineral. Bila banyak makan, air minuman adalah sangat diperlukan okay!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: