Contoh Surat Rasmi: Format Yang Betul & Template [Muat Turun]

Contoh Surat Rasmi: Format Yang Betul & Template [Muat Turun] ~ Dalam urusan rasmi, anda memerlukan surat rasmi dengan format yang betul.

Terdapat banyak contoh surat rasmi yang anda boleh dapatkan melalui carian internet, namun tahukah anda, yang mana satukah yang betul dan sesuai digunakan untuk tujuan rasmi anda?

Berikut kami kongsikan format yang betul serta template surat rasmi untuk rujukan anda. 

BACA JUGA: Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah (Kerana Bimbang COVID-19 dll)

Surat Rasmi 

Sejak sekolah lagi kita telah diajarkan untuk menulis surat rasmi dengan betul. Surat rasmi adalah merupakan satu jenis surat berformat yang digunakan untuk tujuan rasmi.

Jika dibandingkan dengan surat tidak rasmi, terdapat beberapa perbezaan yang ketara antara keduanya terutamanya dari segi format. 

Terdapat format tertentu yang perlu diikuti semasa membuat surat rasmi bagi memastikan surat yang dihantar kelihatan profesional dan tujuan anda menghantar surat tersebut dapat dicapai. 

Format Surat Rasmi

Dalam surat rasmi, anda perlu pastikan perkara-perkara tersebut ada; 

  1. Alamat pengirim – Hendaklah ditulis nama penuh
  2. Nama penerima – Nyatakan nama penuh penerima, jawatan
  3. Alamat penerima – Nyatakan alamat penuh penerima. Sekiranya penerima mewakili sesuatu organisasi/jabatan/agensi, nyatakan sebelum alamat
  4. Tarikh surat dihantar – Diletakkan pada sebelah kanan sebaris dengan negeri alamat penerima)
  5. Kata menghadap – Tuan/Puan/dll
  6. Perkara (Subjek utama atau tujuan surat tersebut dihantar)
  7. Isi surat – Nombor perenggan ditulis pada setiap perenggan kecuali perenggan pertama
  8. Pengakuan pengirim- Yang benar, / Yang bertugas, / dll
  9. Tanda tangan dan nama penghantar
Contoh Surat Rasmi
Sumber: ipendidikan.my
Contoh Surat Rasmi

Contoh & Template Surat Rasmi

A. Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah:

Contoh Surat Rasmi

B. Contoh Surat Rasmi Untuk Memohon Kebenaran: 

Contoh Surat Rasmi

C. Contoh Surat Rasmi Rayuan: 

Contoh Surat Rasmi

<<< MUAT TURUN template surat rasmi di bawah >>>

Tips Menulis Surat Rasmi

1. Pastikan anda menggunakan ayat formal dan bahasa baku yang ringkas. Jangan menggunakan ayat dan bahasa yang tidak formal atau berbunga-bunga seperti novel. 

2. Ayat mestilah ditulis dengan jelas dan boleh difahami kedua-dua belah pihak, pengirim dan penerima. 

3. Gunakan panggilan hormat yang betul. Sekiranya anda menulis kepada pihak yang berpangkat Datuk, Tan Sri, sila gunakan pada tempat yang sesuai. Sekiranya anda tidak mengetahui status dan jantina penerima, boleh gunakan sahaja panggilan hormat “Tuan”. 

4. Wajib nomborkan perenggan kecuali perenggan pertama dan terakhir. Mulakan dengan nombor 2 dan ke atas. 

5. Semak surat anda beberapa kali bagi mengelakkan sebarang kesalahan ejaan dan pembentukan ayat yang salah dan tidak difahami.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: