in

Permohonan Matrikulasi 2021, PISMP & PPC Untuk Lepasan SPM 2020

permohonan matrikulasi 2021
ADVERTISEMENT

PEMAKLUMAN IKLAN PERMOHONAN LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2020 KE PROGRAM MATRIKULASI DAN PISMP (PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI SESI AMBILAN 2021

KPM ingin memaklumkan bahawa permohonan akan dibuka mulai 15 Mac hingga 15 April 2021 bagi program berikut:

  • Program Matrikulasi ambilan 2021
  • Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan 2021,
  • Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke Luar Negara

Permohonan Program Matrikulasi 2021

Program Matrikulasi diwujudkan pada tahun 1998 merupakan satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

ADVERTISEMENT

Berdasarkan keperluan semasa bagi menampung pertambahan jumlah pelajar cemerlang, mengisi kekosongan tempat di bidang-bidang sains, profesional dan kritikal khususnya pelajar Bumiputera di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), pada tahun 1998, Yab Dato’ Sri Najib bin Tun Haji Abd. Razak, yang pada ketika itu Menteri Pendidikan telah mencetuskan idea mewujudkan Program Matrikulasi di bawah kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menyeragamkan semua Program Matrikulasi/Asasi yang selama ini dikendalikan oleh IPTA.

Program Matrikulasi KPM adalah untuk memastikan pembangunan potensi pelajar bumiputera melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPT di dalam dan di luar negara dalam bidang sains, teknologi dan profesional.

Semua lulusan Program Matrikulasi KPM dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM yang diiktiraf ke Perkhidmatan Awam mulai tahun 2017.

permohonan matrikulasi 2021

Permohonan secara dalam talian ke Program Matrikulasi KPM bagi calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2020 akan dibuka mulai 15 Mac 2021 hingga 15 April 2021.

*Maklumat lanjut berkaitan jurusan yang ditawarkan, lokasi dan syarat kelayakan sila rujuk: Permohonan Program Matrikulasi KPM 2021/ 2022 (Mulai 15 Mac 2021)

Permohonan PISMP 2021

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dikhususkan untuk melatih guru dalam pelbagai bidang bagi memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berijazah.

Program pengajian yang ditawarkan adalah bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan meyediakan pengalaman bagi membolehkan bakal guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan dengan profesion perguruan.

Program ini ditawarkan di kampus-kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

*Maklumat lanjut: Pengambilan Guru Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia 2021

pismp

Permohonan PPC 2021

Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke Luar Negara memberi peluang kepada pelajar untuk meneruskan pengajian ke luar negara.

Antara syarat asas permohonan adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Memperoleh sekurang-kurangnya tujuh (7) gred cemerlang dalam SPM.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada tahun  permohonan dibuat.
  • Calon mesti sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga.

Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang  http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

Baca juga: HPIPT 2021: Permohonan Insentif RM1,000 Untuk Pelajar Masuk IPT

Tarikh Permohonan

KPM mempelawa semua pelajar lepasan SPM 2020 yang memenuhi syarat untuk Permohonan Program Matrikulasi 2021, PISMP dan PPC.

Pelajar lepasan SPM 2020 yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui iklan yang akan disiarkan di laman sesawang rasmi KPM www.moe.gov.my pada 8 Mac 2021.

Pelajar lepasan SPM boleh memohon terus kepada KPM tanpa perlu melalui UPUOnline.

Permohonan adalah percuma.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

myphone in jpn ganti mykad rosak

MyPhone-In JPN: Cara Ganti MyKad Rosak Melalui Telefon

diskaun legoland pkpb

Diskaun Tiket & Hotel Legoland 50% Sempena Pembukaan Semula 12 Mac Ini