Pengambilan Kedua UiTM, UIA, UMP & UPSI 2020/2021 Dibuka. Jom Mohon Online!

Untuk makluman, bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke UPU, pengambilan Kedua UiTM, UIA, UMP dan UPSI bagi Sesi Akademik 2020/2021 telah dibuka (second intake).

Pengambilan kedua ini merupakan pengambilan sendiri dari pihak Universiti Awam dan tidak melalui UPUOnline.

Bagi yang belum mendapat tawaran atau ingin membuat rayuan, sila rujuk info di bawah untuk membuat permohonan.

Baca juga: IKTISASS: Permohonan Program Kemahiran Teknikal & Elaun Sara Diri RM1000 Sebulan

pengambilan kedua uitm

Senarai Universiti Awam Yang Membuat Pengambilan Kedua Bagi Sesi 2020/2021

Senarai Universiti Awam yang membuat pengambilan kedua atau second intake (pengambilan sendiri) tertera di infografik dan sebarang perubahan maklumat tertakluk pada Universiti Awam berkaitan.

Berikut disertakan butiran bagi setiap universiti yang menawarkan pengambilan kedua.

1. Pengambilan Kedua UIA 2020/2021

Tarikh Permohonan:

  • Program Asasi : 21 Oktober – 21 November
  • Program Sarjana Muda : 1 September – 30 November

Pautan:

2. Pengambilan Kedua UiTM 2020/2021

Tarikh Permohonan:

  • Program Diploma : 3 Ogos – 30 September
  • Program Profesional : 28 September – 30 Oktober
  • Program Sarjana Muda : 2 November – 2 Disember

Pautan:

https://online.uitm.edu.my/

3. Pengambilan Kedua UMP 2020/2021

Tarikh Permohonan:

  • Program Sarjana Muda : 1 Disember – 31 Disember

Pautan:

http://umpadvanced.ump.edu.my/

4. Pengambilan Kedua UPSI 2020/2021

Tarikh Permohonan:

  • Lepasan SPM : 25 Oktober – 25 November
  • Lepasan STPM / Setaraf : 25 Oktober – 25 Disember

Pautan:

upsi.edu.my

NOTA:

Kemasukan ke universiti awam terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Pemohon perlu membeli nombor pin unik daripada Bank Simpanan Nasional (BSN).

Sebelum membuat permohonan, pemohon dinasihatkan untuk membuat semakan kelayakan terlebih dahulu.

Ini kerana setiap pusat pengajian telah menetapkan syarat minima untuk melanjutkan pengajian di institusi masing-masing.

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) melalui laman sesawangnya dan media sosial juga akan menghebahkan maklumat-maklumat penting mengenai permohonan, kemasukan, semakan dan lain-lain info penting.

Justeru itu, pelajar perlu peka akan hebahan yang akan dibuat.

Baca juga: Bantuan Prihatin Rakyat: Daftar Sebelum Hujung Januari 2021

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang kemasukan dan pengambilan kedua ini, sila hubungi atau layari laman web universiti berkaitan.

Dapatkan info terkini tentang Pengajian Tinggi di Facebook:

Kementerian Pengajian TinggiJabatan Pendidikan Tinggi – JPT 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: