in

Panduan Ringkas e-Filing 2021 LHDN (Tahun Taksiran 2020) Mulai 1 Mac

e-filing 2020 2021 lhdn
ADVERTISEMENT

Pembayar cukai boleh mengemukakan Borang Nyata Tahun Saraan 2020 dan Tahun Taksiran 2020 melalui sistem e-Filing 2021 bagi Borang E, BE, B, M, BT,MT, TF dan TP bermula 1 Mac ini.

Sudahkah anda mendaftar sebagai pembayar cukai dan tahukah anda bagaimana membuat e-Filing?

Di sini kami kongsikan beberapa info penting berkaitan e-filing beserta panduan ringkas yang boleh anda muat turun untuk rujukan

Siapakah Yang Perlu Mendaftar Dengan LHDN?

Individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM25,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Mulai Tahun 2010 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM26,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Anda boleh membuat bayaran cukai pendapatan secara online melalui e-Filing 2021.

Cara Login e-Filing 2021 / Akses Kali Pertama

Sistem e-Filing boleh diakses melalui portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my dan terus ke ‘MyTax’, seterusnya ke ‘Perkhidmatan ezHasil’ dan ‘e-Filing’.

Bagi pembayar cukai mendaftar masuk buat kali pertama, anda perlu mendapatkan nombor PIN terlebih dulu dengan hadir di kaunter cawangan LHDN atau secara dalam talian menerusi Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN.

e-filing 2021

Sila rujuk: Cara Daftar LHDN Pertama Kali Untuk Declare Income Tax (e-Filing)

Panduan Lengkap e-Filing

Panduan lengkap mengisi borang e-Filing boleh dirujuk melalui TAKLIMAT E-FILING LHDNM ini (klik pada gambar untuk panduan penuh):

Bagi pengguna pertama kali, sila daftar mengikut langkah seperti penerangan berikut:

Manakala bagi yang terlupa kata laluan, mereka boleh menetapkan semula kata laluan baharu melalui e-mel atau nombor telefon bimbit berdaftar dengan LHDN.

Setelah mempunyai kata laluan, anda boleh teruskan proses e-Filing dengan log masuk dan mengisi borang e-BE.

Login ke e-Borang terlebih dahulu.

Secara umumnya, terdapat 4 bahagian yang perlu diisi dalam borang e-BE iaitu:

  1. Maklumat individu
  2. Jumlah pendapatan
  3. Pelepasan cukai
  4. Rumusan / Bayaran cukai

Di sini diterangkan langkahnya satu per satu.

BAHAGIAN 1 – MAKLUMAT INDIVIDU

BAHAGIAN 2 – JUMLAH PENDAPATAN

Sila isikan maklumat pendapatan anda termasuk pendapatan sampingan sepertu sewaan dan sebagainya.

BAHAGIAN 3 – PELEPASAN CUKAI

Setelah mengisi maklumat diri dan pendapatan, anda boleh menuntut pelepasan cukai yang berkenaan.

Baca juga: Senarai Pelepasan Cukai 2020 / 2021 (e-Filing Individu)

BAHAGIAN 4 – RUMUSAN & BAYARAN CUKAI

Proses pembayaran boleh dibuat secara online.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Program Memfail Borang Nyata bagi 2021 boleh didapati di http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2021_1.pdf

Bagi sesiapa yang menghadapi masalah berkaitan e-Filing 2021, anda menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 (untuk yang berada dalam negara) dan 603-8911 1100 (di luar negara) atau mengunjungi kaunter perkhidmatan LHDN berdekatan.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cara Tukar Ke Akaun Shariah KWSP Melalui i-Akaun. 5 Minit Siap!

pendaftaran tahun 1 online

Pendaftaran Murid Tahun 1 Online Sesi 2022/2023 KPM (Dari 1 Mac 2021)