Kelulusan Automatik i-Sinar: 20 Contoh Penerima Kategori 1 Yang Layak Tanpa Dokumen Sokongan
Ramai ahli KWSP yang tertanya-tanya adakah mereka layak untuk mendapat kelulusan automatik i-Sinar, iaitu yang tergolong dalam Kategori 1.
Dengan kelulusan automatik, ahli tidak perlu mengemukakan dokumen sokongan dan layak membuat permohonan bermula 21 Disember 2020.
Beberapa hari yang lepas, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyenaraikan contoh pemohon kategori 1 iaitu ahli yang layak mendapat kelulusan automatik i-Sinar.
Baca juga: i-Sinar KWSP: 2 Kategori Yang Layak, Cara Permohonan & Tarikh Bayaran
Dalam artikel ini, kami telah kompilasikan kesemua contoh tersebut untuk rujukan anda, terutamanya yang ingin membuat permohonan.
Contoh Penerima Kategori 1 Yang Layak Mendapat Kelulusan Automatik i-Sinar Tanpa Dokumen Sokongan
Contoh 1:
Juruterbang
Contoh 2:
Pemilik Restoran
Contoh 3:
Pengusaha Hotel
Contoh 4:
Penggiat Seni
Contoh 5:
Pereka Grafik Kontrak
Contoh 6:
Pengusaha Kantin
Contoh 7:
Mekanik Pesawat
Contoh 8:
Pemandu Pelancong
Contoh 9:
Pekerja Pawagam
Contoh 10:
Petugas Media
Contoh 11:
Pengurus Acara
Contoh 12:
Eksekutif Kontrak
Contoh 13:
Pemain Muzik Majlis
Contoh 14:
Pembantu Kedai Makan
Contoh 15:
Pemilik Butik Fesyen
Contoh 16:
Pekerja Hotel
Contoh 17:
Pembantu Tadika
Contoh 18:
Krew Filem
Contoh 19:
Pemandu Bas Sekolah
Contoh 20:
Surirumah
Syarat Kelayakan Kelulusan Automatik i-Sinar (Kategori 1)
Jika diteliti, kesemua contoh yag disenaraikan di atas adalah tergolong dalam Kategori 1 melibatkan mereka yang tergolong dalam kumpulan berikut:
- bekerja di sektor formal,
- yang bekerja sendiri,
- yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig,
- sudah lama tidak mencarum,
- hilang pekerjaan,
- suri rumah
- yang diberi notis cuti tanpa gaji
Seperti yang dinyatakan oleh KWSP, Kriteria bagi Kategori 1 adalah seperti berikut:
- Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan atau
- Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020
Tarikh & Cara Permohonan i-Sinar Kategori 1
- Tiada dokumen sokongan diperlukan (kelulusan automatik i-Sinar)
- Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalam KWSP
- Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020
- Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) i-Sinar di SINI.
Sila ikuti perkembangan terkini di media sosial KWSP atau layari portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home.