Qaseh Biz-i Bank Rakyat: Pakej Pembiayaan Untuk Usahawan Wanita

Untuk para usahawan wanita diluar sana, Bank Rakyat kini menawarkan pakej pembiayaan khusus untuk usahawan wanita sahaja melalui Qaseh Biz-i.

Pakej pembiayaan yang ditawarkan sehingga RM3 juta ini adalah bagi membantu para usahawan wanita memulakan perniagaan.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang pakej pembiayaan yang ditawarkan oleh Bank Rakyat ini.

Apakah Qaseh Biz-i Bank Rakyat?

Bank Rakyat yang ditubuhkan pada 28 September 1954 di bawah Ordinan Syarikat Kerjasama 1948 merupakan bank koperasi Islam terbesar di Malaysia dengan memiliki aset berjumlah RM109.62 bilion berakhir Disember 2019.

Terkini, Bank Rakyat telah melancarkan Qaseh Biz-i untuk membantu usahawan wanita meluaskan perniagaan dalam tempoh yang mencabar khususnya ketika situasi wabak COVID-19.

Antara ciri-ciri Qaseh Biz-i adalah:

  • Pakej pembiayaan istimewa untuk usahawan wanita
  • Tempoh pembiayaan sehingga 7 tahun
  • Jumlah pembiayaan sehingga RM3 juta
  • Jaminan pembiayaan sehingga 80% oleh SJPP
  • Fi jaminan serendah 0.75 setahun*

*Tertakluk Terma & Syarat.

Baca juga: Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT): Semakan & Bayaran Dari 30 November

Kemudahan Tambahan Produk & Perkhidmatan

Pelanggan yang layak akan ditawarkan kemudahan tambahan produk dan perkhidmatan:

  • Takaful Amani Plus Plan C (Kemalangan Diri)
  • eCA-i (Akaun Semasa i-elektronik)
  • ibizRAKYAT (Sistem pengurusan tunai)
  • Dilantik sebagai rakan dagang Bank Rakyat dan menerima satu alat Terminal Pembayaran Kad (POS)

Baca juga: MAE Maybank: Cara Daftar, Aktifkan QR PAY, Split Bill & Buat Tabung Simpanan

Cara Memohon Qaseh Biz-i

Untuk membuat permohonan Pakej Pembiayaan ini, sila berhubung dengan pihak Bank Rakyat di kaunter bank atau melalui media sosial di Facebook Bank Rakyat.

https://www.facebook.com/myBANKRAKYAT/posts/10157279364326076

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan tentang pakej pembiayaan Qaseh Biz-i, sila hubungi Bank Rakyat melalui medium berikut:

  • Laman web: https://www.bankrakyat.com.my/
  • Nombor telefon hotline: 1-300-80-5454
  • E-mel: [email protected]
  • Waktu operasi: Isnin-Khamis 8.30 pagi – 5.30 petang & Jumaat 8.30 pagi hingga 6.00 petang. *Kecuali pada Hari Kelepasan Am Persekutuan / Negeri

NOTA:

Bank Rakyat mempunyai 147 cawangan dengan lebih daripada 990 mesin juruwang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) serta 183 Ar-Rahnu X’Change di seluruh negara.

Bank Rakyat juga mengendalikan pusat panggilan tele-Rakyat yang boleh dihubungi di talian 1-300-80-5454 (Bebas Tol) dan perbankan internet iRakyat di www.irakyat.com.my.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: