Kalaulah Aku Tahu Lebih Awal! Ini Antara Saham Bawah Nilai (Undervalued) Di Bursa Malaysia
Seperti sedia maklum, penularan Covid-19 ini sangat drastik dan masih belum jumpa jalan penyelesaian. Ini turut mengakibatkan pasaran saham dijangka akan terus menjadi tidak menentu.
Jika diimbas kembali sejarah, akan berlakunya krisis ekonomi setiap 10-12 tahun. Malaysia turut terpalit Krisis Kewangan Asia pada tahun 1998 dan Krisis Subprime pada tahun 2008.
Selepas krisis ini berlaku, apa yang terjadi lepas 1-2 tahun? Saham-saham yang merudum tadi akan kembali pulih dan mula naik semula.
Kini krisis kewangan dah pun bermula dan ramai orang yang dibuang kerja.
Jangan hanya memandang saja peluang keemasan seperti ini yang selalu terpapar di selingan buletin utama TV3. Itulah sebabnya penting saham saham di bawah nilai ini diketahui.
Saham saham ini memberikan pulangan yang terbaik apabila ‘market’ naik semula.
Seandainya belum tahu cara nak mula melabur, boleh klik disini untuk panduan permulaan pelaburan di Bursa.
TIPS NAK MENILAI SESUATU SAHAM
Secara teoritikal, cara terbaik untuk menilai sesuatu saham yang dikenali kaedah aliran tunai setelah didiskaun atau penilaian pendapatan.
Ia melibatkan pemberian diskaun terhadap keuntungan seperti dividen, perolehan atau aliran tunai yang dapat kepada seseorang pemegang saham dalam masa terdekat dan nilai akhir sewaktu dijual.
Indikator yang digunakan untuk menilai saham:
- Growth rate
- Capital structure substitution – asset pricing formula
- Price earnings to growth (PEG) ratio
- Sum of perpetuities method
- Return on Invested Capital (ROIC)
- Return on Assets (ROA)
- Price to Sales (P/S)
- Market Capitalization
- Enterprise Value (EV)
- EV to Sales
- EBITDA
- EV to EBITDA
Banyak bukan? Mesti dah pening kepala tengok ni.
Kebiasaan indikator yang digunakan untuk penilaian sesuatu saham ialah Earning Per Share (EPS), Price to Earnings (P/E) ratio dan Market Capitalization.
Apa maksudnya 3 indikator tersebut?
Earning Per Share (EPS)
Bermaksud nilai perolehan bagi setiap saham, contohnya berapa perolehan yang syarikat dapat untuk setiap unit saham yang didagangkan. Perlu dipastikan syarikat tersebut punyai EPS yang positif sahaja.
Mestilah tidak mahu rugikan!
Price Earnings Ratio (P/E Ratio)
Pengiraan P/E Ratio ini perlu tengok berapa harga saham semasa syarikat dan nilai EPS. Andainya saham yang didagangkan sekarang pada harga RM10, dan nilai EPS berharga RM1, ini bermaksud P/E ratio syarikat adalah 10.
Lagi bagus syarikat tersebut bila lagi rendah nilai P/E Ratio terkini.
Market Capitalization
Harga saham yang digandakan dengan jumlah volume saham yang berada di pasaran.
Semuanya sama seperti Fundamental Analysis.
Top 30 Saham Bawah Nilai / Saham Undervalued (Mengikut Price-to-Book Ratio)
Ia diterbitkan oleh Focus Malaysia dan disunting Majalah Labur.
Contoh cara mencari Saham Bawah Nilai boleh dirujuk di Youtube dibawah:
Tidak kira apa apa pun saham yang anda ingin pilih, silalah kaji terlebih dahulu dan rujuk pada guru saham anda.
Ingat pesanan ini, Trade At Your Owned Risk – TAYOR.
Sumber : Majalah Labur, Focus Malaysia