Skim Jaminan Kredit Perumahan: Pendapatan RM1000 & Tiada Slip Gaji Layak Memohon
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SKJP): Pendapatan RM1,000 & Tiada Slip Gaji Layak Memohon
Dalam tempoh PKP ini mungkin lebih ramai yang telah memulakah perniagaan sendiri dan seiring dengan teknologi, lebih ramai juga lebih selesa bekerja sebagai ‘freelancer’.
Tapi salah satu masalah orang yang bekerja sendiri ini adalah mereka kurang mengetahui selok-belok sekiranya mahu membuat pinjaman kerana tidak mempunyai bukti pendapatan tetap atau slip gaji daripada majikan.
Masih ramai tidak mengetahui kewujudan Skim Jaminan Kredit Perumahan yang boleh anda manfaatkan bagi menjamin pembiayaan perumahan – khususnya untuk golongan yang tidak mempunyai bukti pendapatan bulanan yang tetap tanpa mengira jenis pekerjaan.
SJKP Berhad ini ditubuhkan sebagai sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan, Diperbadankan pada 6 Disember 2007.
Untuk memohon di bawah skim ini, purata pendapatan bulanan pemohon hendaklah sekurang-kurangnya RM1,000.00.
Jom baca selanjutnya.
Pengenalan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
SJKP Berhad ditubuhkan sebagai sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan, Diperbadankan pada 6 Disember 2007.
SJKP Berhad telah melantik Prokhas Sdn Bhd (sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan, Diperbadankan) bagi menguruskan operasi hariannya.
Kerajaan Malaysia, dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (2008) di Dewan Rakyat pada 7 September 2007, sedar akan kesukaran yang dialami mereka yang tidak berpendapatan tetap, seperti petani dan peniaga kecil, dalam mendapatkan kemudahan kewangan bagi membeli rumah kediaman mereka.
Bagi mengatasi kesukaran tersebut, kerajaan telah menubuhkan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) bagi menjamin kemudahan kewangan yang akan diberikan oleh institusi-institusi kewangan yang turut terlibat dalam skim ini.
Para pemohon pembiayaan mestilah mempunyai keupayaan untuk membayar balik pembiayaan perumahan meskipun mereka tiada bukti pendapatan bulanan.
Fungsi / Perkhidmatan SKJP
Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) telah mencapai persetujuan dengan institusi-institusi kewangan yang terlibat dalam menyediakan pembiayaan perumahan yang akan dijamin oleh Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) untuk pemohon-pemohon yang layak.
Dengan bantuan SJKP, adalah dijangkakan lebih ramai rakyat Malaysia akan mampu untuk memiliki rumah sendiri.
Baca juga: Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat SPNB Serendah RM55K, RM300 Sebulan
Kriteria Kelayakan Untuk Memohon Skim Jaminan Kredit Perumahan
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
- Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM300.0 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan.
- Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.
- Pembelian rumah kediaman baru / di dalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
- Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
- Mesti bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat.
- Pembayaran bulanan kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.
- Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
- Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.
Prosedur / Cara Permohonan
Bagaimanakah proses permohonan yang perlu dibuat oleh peminjam bagi mendapatkan pembiayaan perumahan di bawah skim jaminan ini?
Secara umumnya, proses permohonan pembiayaan perumahan di bawah skim ini adalah seperti berikut:
- Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.
- Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih).
- Surat itu hendaklah menyatakan :
- nama,
- nombor kad pengenalan,
- sumber pendapatan,
- purata pendapatan bulanan,
- tempat perniagaan dan
- tempoh berniaga.
- Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
- Surat itu hendaklah menyatakan :
- Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.
- Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.
Sekiranya anda masih mempunyai sebarang persoalan tentang skim ini, anda boleh menghubungi pihak SJKP di talian 03-2096 5000 atau “klik di sini“.
Institusi Kewangan Yang Menyertai Skim Jaminan Kredit Perumahan
Berikut adalah senarai institusi-institusi kewangan yang menyertai SJKP Bhd:
- Affin Bank Berhad
- Affin Islamic Bank Berhad
- Agrobank
- Alliance Bank Malaysia Berhad
- Alliance Islamic Bank Malaysia Berhad
- Ambank Berhad
- AmIslamic Bank Berhad
- Bank Islam Malaysia Berhad
- Bank Mualamat Malaysia Berhad
- Bank Simpanan Nasional
- Bank Rakyat
- Hong Leong Bank
- Hong Leong Islamic Bank
- Maybank
- Maybank Islamic
Baca juga: Cara Tukar Kad Debit ATM Maybank Yang Rosak & Expired Secara Online
Terma & Syarat Pembiayaan
- Jumlah Pembiayaan : Sehingga 100% daripada harga pembelian tertakluk kepada pembiayaan maksima RM300,000.00 (termasuk MRTA / MRTT)
- Jenis Pembiayaan : Pembiayaan Berjangka sahaja
- Tempoh : Sehingga 35 tahun atau usia pemohon 65 tahun, mana-mana yang terdahulu
- Kadar Faedah : Kadar Pinjaman Asas (BLR) / Kadar Pembiayaan Asas (BFR) institusi-institusi kewangan yang menawarkan pinjaman
- MRTA / MRTT : Wajib
- Lain-lain : Deposit mandatori bersamaan dengan 3 bulan bayaran bulanan
Tempoh Pembayaran Pembiayaan
Pihak SJKP membenarkan jaminan untuk tempoh pembayaran sehingga 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun, mana-mana yang terdahulu.
Tetapi ianya bergantung kepada syarat pembiayaan yang dikeluarkan oleh institusi-institusi kewangan sama ada mereka membenarkan tempoh pembiayaan berkenaan.
Maklumat Lanjut
Mereka yang berminat untuk memohon skim ini atau ingin mendapatkan keterangan lanjut boleh berhubung terus dengan mana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai SJKP.
ATAU
Sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) di bawah :
Skim ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
Ya. Skim Jaminan Kredit Perumahan adalah untuk menjamin pembiayaan perumahan bagi golongan yang tidak mempunyai bukti pendapatan bulanan yang tetap tanpa mengira jenis pekerjaan. Untuk memohon di bawah skim ini, purata pendapatan bulanan pemohon hendaklah sekurang-kurangnya RM1,000.00.
Ya. Permohonan bersama (oleh suami dan isteri) boleh dilakukan.
Pihak SJKP membenarkan jaminan untuk tempoh pembayaran sehingga 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun, mana-mana yang terdahulu. Tetapi ianya bergantung kepada syarat pembiayaan yang dikeluarkan oleh institusi-institusi kewangan sama ada mereka membenarkan tempoh pembiayaan berkenaan.
Pembiayaan 2 generasi boleh dilakukan untuk memanjangkan tempoh pembayaran. Tempoh pembayaran akan dikira berdasarkan usia anak dan dengan syarat umur anak hendaklah sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh permohonan. Namun, ianya bergantung kepada syarat khusus yang dikeluarkan oleh pihak institusi kewangan.
Tidak. Skim ini juga terbuka kepada pembelian rumah kediaman daripada pemaju swasta.
Skim Jaminan Kredit Perumahan merangkumi pembelian rumah kos rendah dan sederhana, sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia ada daripada penjual atau lelongan.
Tidak. Skim Jaminan Kredit Perumahan tidak menjamin pembiayaan bagi tujuan pembiayaan semula.
Tidak. Skim Jaminan Kredit Perumahan ini adalah khusus untuk pembelian rumah kediaman sahaja.
Skim Jaminan Kredit Perumahan adalah untuk pembelian rumah kos rendah dan sederhana sahaja tertakluk kepada pembiayaan maksima RM300,000.
Tidak. Buat masa ini Skim Jaminan Kredit Perumahan tidak menjamin pembiayaan perumahan untuk pembinaan rumah.
Pihak SJKP tidak mengenakan syarat-syarat tertentu ke atas pemohon. Akan tetapi, pemohon haruslah mematuhi / memenuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh pihak institusi kewangan.
Permohonan mestilah dibuat di mana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang turut serta dalam skim ini dan bukan secara terus ke pejabat SJKP Berhad.
Tiada caj / yuran yang dikenakan oleh SJKP Berhad kepada peminjam.
NOTA PENTING
Skim Jaminan Kredit Perumahan ingin menasihati orang ramai bahawa SJKP tidak pernah melantik mana-mana ejen, pihak ketiga atau wakil untuk bertindak bagi pihak kami.
Semua permohonan hendaklah dikemukakan melalui institusi-institusi kewangan yang mengambil bahagian.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berurusan dengan individu yang membuat dakwaan bahawa mereka mewakili SJKP.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SJKP di 03-2096 5000 atau institusi-institusi kewangan yang berhampiran dengan anda.
Sumber: https://www.sjkp.com.my/