Cara Tukar Kad Debit ATM Maybank Online. Kad Dihantar Terus Ke Rumah!
CARA TUKAR KAD ATM MAYBANK / KAD DEBIT ROSAK & EXPIRED SECARA ONLINE
Tahukah anda, Maybank ada menyediakan perkhidmatan untuk membuat gantian kad debit / ATM secara online bagi kad yang rosak atau tamat tempoh.
Lebih bagus lagi, kad yang siap akan dihantar terus ke rumah!
Memang mudah kan? Tak payah susah-susah buat temujanji atau beratur di kaunter lagi.
Jom kami kongsikan cara yang ditunjukkan oleh saudara @meryman di Twitter.
Baca juga: Rupanya Ini Cara Cas Telefon Dengan Betul Supaya Tak Mudah Rosak
Cara Tukar Kad ATM / Kad Debit Maybank Yang Rosak Atau Expired Secara Online
Nak tukar kad ATM Maybank tapi takut nak keluar rumah ?
Boleh je korang nak tukar kad ATM Maybank korang dengan syarat kad nak tukar tu bukan kad hilang atau lupa nombor pin.
Jadi cara ni korang boleh pakai kalau pakai Maybank2u dengan syarat login di website Maybank2u.
Jadi step dia mudah je.
- Login ke Maybank2u https://www.maybank2u.com.my
- Pergi ke Settings
- Pergi ke Cards
- Pilih Debit Cards dan pergi kepada Replace, Activate & Block
- Tekan titik tiga seperti dalam bulat di gambar
- Pilih Replace Card
- Isi alamat anda untuk penghantaran Card, poskod alamat berserta negeri anda. Click di T&C untuk setuju dan tekan Replace Card.
- Tekan request SMS TAC dan isi TAC yang diterima diruangan yang disediakan.
Selepas anda tekan confirm, permohonan anda akan diproses.
Anda akan terima Kad ATM anda selepas 9 hari bekerja.
Caj Yang Dikenakan
Untuk penukaran kad, caj RM 12 akan dikenakan setiap kali permohonan dihantar.
Langkah Bergambar
Nak lebih faham, boleh rujuk langkah bergambar atau video di bawah ni.
Rujuk video di sini :
So lepas ni, boleh la elakkan untuk keluar dari rumah untuk putuskan rantaian jangkitan COVID-19 ni.
Ayuh, jom #StayAtHome #KitaJagaKita
Sumber: https://twitter.com/mermyman/status/1249685509950959617?s=19
Baca juga: Cara Tebus 1GB Data Internet Percuma Sehingga 31 Disember 2021