in

Cara Tebus 1GB Data Internet Percuma Sehingga 31 Disember 2021

internet percuma skmm kerajaan 1 gb sehari
ADVERTISEMENT

DATA INTERNET PERCUMA 1GB SEHARI BAGI PENGGUNA CELCOM, DIGI, MAXIS, UMOBILE & UNIFI MOBILE SEHINGGA 31 DISEMBER 2021

Memandangkan ramai rakyat Malaysia masih terus bekerja dan belajar dari rumah,
dan selaras dengan rancangan pemulihan jangka pendek kerajaan, pembekal perkhidmatan mudah alih seperti Celcom Axiata Berhad (“Celcom”), Digi Telecommunications Sdn Bhd (“Digi”), Maxis Berhad (“Maxis”), U Mobile Sdn Bhd (“U Mobile”) dan unifi mobile akan terus menyokong keperluan pekerjaan dan pembelajaran rakyat.

Bagi meneruskan sokongan terhadap perkhidmatan berkaitan dengan pembelajaran,
pembekal perkhidmatan dengan kerjasama MCMC telah melanjutkan tawaran 1GB data
Internet percuma kepada 24 jam.

ADVERTISEMENT
internet percuma

Tempoh Internet Percuma 1 GB Sehari

Pelanggan aktif boleh menikmati tawaran yang bermula 1 April 2020 dari jam 8.00 pagi
hingga 6.00 petang, dan kini ia dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 untuk 24 jam,
tertakluk kepada ketersediaan teknikal pembekal perkhidmatan masing-masing.

Semua pelanggan pascabayar dan prabayar aktif Celcom, Digi, Maxis, U Mobile and unifi
mobile akan menikmati tawaran ini daripada pembekal perkhidmatan masing-masing,
melainkan mereka yang melanggan pelan data tanpa had, gentian optik dan pelan perkhidmatan jalur lebar kediaman tanpa wayar (home wireless).

Pelanggan boleh merujuk kepada pembekal perkhidmatan masing-masing untuk menyemak kelayakan tawaran ini. (Sila rujuk cara tebus melalui pautan di bawah)

Bagaimana Dengan Pelan Langganan Sedia Ada?

Pelanggan boleh menebus sehingga 30GB data percuma setiap bulan (1GB setiap hari),
tertakluk kepada proses penebusan yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan
masing-masing.

1GB Harian Internet Produktiviti percuma ditawarkan kepada pelanggan sebagai tambahan kepada kuota data sedia ada.

Sebagai contoh, bagi pelanggan yang telah melanggan untuk pakej 30GB data sebulan, pelanggan tersebut akan mendapat 1GB tambahan setiap hari tanpa sebarang bayaran.

Penggunaan untuk tujuan pembelajaran dan maklumat terkini akan menggunakan 1GB
data Internet percuma terlebih dahulu. Setelah kuota percuma tersebut habis
digunakan, sebarang penggunaan data tambahan akan mengguna pakai kuota pelan
data langganan sedia ada.

Data yang tidak habis digunakan pada hari tersebut tidak boleh dibawa ke hari
berikutnya.

Baca juga: Cara Batalkan Jaringan Prihatin (Boleh Cancel & Tukar 3 Kali)

Cara Tebus Tawaran Internet Percuma 1 GB

Untuk menebus internet percuma 1GB sebulan, sila rujuk pembekal perkhidmatan masing-masing dan info berkaitan di pautan berikut:

Maklumat lanjut: https://mcmc.gov.my/en/media/announcements/faq-pakej-perlindungan-rakyat-dan-pemulihan-ekonom?

Tambahan : Aplikasi/ Perkhidmatan / Laman web berkaitan maklumat yang boleh dilayari
secara percuma

Pembekal perkhidmatan juga akan terus menawarkan akses secara percuma dan tanpa
had ke pelbagai aplikasi dan perkhidmatan berkaitan maklumat bagi memastikan rakyat
Malaysia mendapat maklumat terkini mengenai COVID-19.

Pelanggan boleh terus menikmati akses percuma tanpa had untuk aplikasi dan
perkhidmatan berikut sehingga 31 Disember 2021:

  • Aplikasi MySejahtera,
  • laman kesihatan dan berita seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO); dan
  • panggilan percuma ke talian Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis (CPRC).

Sila rujuk kepada pembekal perkhidmatan masing-masing untuk mendapatkan senarai penuh akses percuma yang ditawarkan.

Baca juga: Ini Senarai 43 Telefon Pintar Tidak Boleh Mengakses WhatsApp Bermula 1 Nov

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut, sila rujuk SKMM / MCMC di saluran berikut:

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cara DIY Cup Holder & Tempat Simpan Baju Hujan Untuk Motosikal

keputusan rayuan bpr fasa 2

Keputusan Rayuan BPR Hujung September, Yang Lulus Akan Terima BKC