Bantuan Pakej UPM Prihatin Untuk Pelajar Sesi 2020/2021
Pakej UPM Prihatin telah diperkenalkan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menyalurkan bantuan serta mengecualikan bayaran untuk beberapa perkara kepada para pelajar bagi meringankan beban mereka yang terjejas akibat Covid-19.
Bantuan ini akan diberikan kepada pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa di universiti tersebut.
Pengarah Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi UPM, Prof. Dr. Daud Ahmad Asraf Ali berkata, perkara itu dicapai menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti yang diadakan 28 Oktober lalu.
Insentif Bantuan Pakej UPM Prihatin
Bagi merealisasikan hasrat ini, Pihak Jawatankuasa Pengurusan Univerisiti UPM telah mewujudkan beberapa insentif iaitu:
- Pakej Meal Plan
- Pengecualian Bayaran Penginapan
- Pengurangan Yuran
- Bantuan Kewangan
- Pembatalan Skim Book Plan
- Bantuan Pelan Dana dan Peranti
- Bantuan Tele-kaunseling
1. Pakej Meal Plan
Bagi setiap pelajar baharu Universiti Putra Malaysia sesi 2020/2021, pakej Meal Plan yang sebelum ini diwajibkan akan dipulangkan semula kepada pelajar dengan melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM1.4 juta.
2. Pengecualian bayaran Penginapan
Pakej UPM Prihatin juga turut memberikan pengecualian bayaran penginapan kepada semua pelajar yang menginap di dalam kampus sepanjang semester satu sesi 2020/2021 bermula bulan lalu sehingga Februari 2021.
Kos keseluruhan yang terlibat adalah sebanyak RM6.65 juta.
3. Pengurangan Yuran
Selain itu, pelajar mereka turut mendapatkan pengurangan yuran kolegiat dan perkhidmatan sebanyak 15 peratus.
Jumlah pulangan ini melibatkan kos sebanyak RM1.31 juta.
4. Bantuan Kewangan
Selain itu, katanya, bantuan kewangan turut disediakan bagi pelajar yang kurang berkemampuan melalui pakej UPM Prihatin.
Kumpulan pelajar asnaf dan B40 akan memperolehi manfaat dengan dana yang disediakan oleh pihak Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) dengan peruntukan disediakan sebanyak RM1.5 juta.
Baca juga: KISS Selangor 2020/2021: Daftar Bantuan RM200 Sebulan Untuk Ibu B40
5. Bantuan Pelan Data Dan Peranti
Bantuan Pelan data sebanyak 40 gigabait dan peranti turut disediakan bagi golongan asnaf dan B40 yang sebelum ini terpaksa meminjam, berkongsi ataupun ke pusat internet bagi mengikuti kelas pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara online.
6. Pembatalan Skim Book Plan
Penjimatan ini melibatkan pelajar pra siswazah tempatan baharu bernilai RM300 ribu.
7. Bantuan Tele Kaunseling
Bantuan tele kaunseling diberikan secara percuma kepada semua pelajar yang memerlukan khidmat nasihat dan kaunseling, terutamanya dalam musim wabak dan pandemik.
Baca juga: Status Rayuan BSH 2020 Boleh Disemak Mulai 16 November 2020
Maklumat Lanjut Tentang Bantuan UPM Prihatin
Untuk maklumat lanjut mengenai program bantuan Pakej Prihatin UPM ini, sila hubungi pihak Universiti Putra Malaysia di saluran berikut:
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Talian utama: +603-9769 1000
Laman web rasmi: https://www.upm.edu.my/
BAHAGIAN AKADEMIK
03 9769 6059 | 03 9769 6060
[email protected]
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR
03 9769 6075
[email protected]