BPR Fasa 2: Tarikh Bayaran & Baki Yang Akan Diterima Mulai 7 Mei 2021

Kenyataan Media YB Tengku Zafrul Menteri Kewangan Berkenaan Pembayaran Fasa 2 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Bernilai RM2.75 Bilion Secara Berperingkat Mulai 7 Mei 2021 (Jumaat).

Tarikh Bayaran BPR Fasa 2 Mulai 7 Mei 2021

Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam kenyataan media sebentar tadi, pembayaran BPR Fasa Kedua akan dikreditkan ke dalam akaun bank secara berperingkat mulai 7 Mei hingga 12 Mei ini.

Sementara itu, bagi penerima BPR yang tiada akaun bank pula, pembayaran tunai akan dibuat mulai 17 Mei melalui BSN.

Jumlah Baki Bayaran BPR Fasa 2 & Fasa 3

Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:

NILAI BAYARAN BPR FASA KEDUA

  • Kategori Isi Rumah berpendapatan RM5000 ke bawah: RM150-RM400 (Baki bayaran pada fasa seterusnya)
  • Warga Emas berpendapatan RM5000 ke bawah: RM300-RM600 (Bayaran akhir)
  • Bujang berpendapatan RM2500 ke bawah: RM200-RM350 (Bayaran akhir)

Berikut adalah maklumat terperinci berkenaan jumlah bayaran yang diterangkan melalui Soalan Lazim (FAQ)

Cara Semakan Status Bayaran BPR Fasa 2

Untuk membuat semakan status bayaran melalui Portal BPR (Bantuan Prihatin Rakyat), sila rujuk langkah berikut:

  1. Layari Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  2. Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Tekan butang ‘Semak Status’
  4. Status bayaran / permohonan akan dipaparkan.
  5. Jika tertulis ‘Permohonan Diterima’, sila klik pada ‘Maklumat Bayaran’ seperti dalam gambar di bawah.
    • ‘Dalam Proses Pengkreditan’ = bermakna duit akan masuk tak lama lagi.
    • ‘Gagal Kredit’ = bermakna akan diberi nombor baucer untuk dituntut di BSN secara tunai

Rujuk tangkap layar di bawah:

Sila rujuk NO. PENGENALAN AKAUN DIKREDITKAN untuk memastikan sama ada ia dikreditkan ke akaun suami / isteri.

Nota: Jika anda belum menerima pembayaran Fasa 1, sila rujuk di SINI untuk membuat semakan.

Pembayaran Secara Tunai Mulai 17 Mei 2021

Bagi individu yang tiada akaun bank, anda akan menerima bayaran tunai mulai 17 Mei 2021.

Penerima perlu membawa kad pengenalan ke mana-mana cawangan BSN ketika hadir ke cawangan BSN.

Rayuan BPR Dibuka Mulai 15-30 Jun 2021

Bagi memastikan BPR dapat disalurkan kepada mereka yang benar-benar layak, permohonan rayuan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021.

Rujuk: Tarikh Rayuan BPR Fasa 2 & Alasan Tidak Lulus (Walaupun Dapat Fasa 1)

Terdapat dua (2) kategori permohonan BPR 2021 iaitu seperti berikut :

Isi Rumah

  • Merupakan pasangan yang telah berkahwin; atau
  • Terdiri dari ibu / bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak; atau
  • Belum berkahwin tetapi merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berumur 60 tahun dan ke atas

Bujang

  • Merupakan individu bujang atau ibu / bapa tunggal / balu / janda / duda yang tiada anak
  • Berumur 21 tahun hingga 59 tahun
  • Bagi individu kategori OKU mestilah berumur 18 tahun hingga 59 tahun

Kategori Isi Rumah BPR

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia, tinggal dan menetap di Malaysia
  • Merupakan ketua keluarga yang tinggal dalam satu rumah serta berpendapatan kasar bulanan sebanyak RM 5,000 dan ke bawah (seisi rumah)
  • Memiliki pasangan warganegara Malaysia atau mempunyai pengenalan diri di Malaysia seperti MyPR / MyKAS
  • Sekiranya pasangan bukan warganegara Malaysia, pasangan mestilah memiliki pengenalan diri yang sah
  • Memiliki anak termasuk anak tidak sah taraf dan / atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Anak mestilah warganegara Malaysia dan mempunyai pengenalan diri Malaysia sama ada MyKad atau MyKid)
  • Mestilah berumur 17 tahun dan ke bawah atau 18 tahun dan ke atas sekiranya masih dalam pengajian di Institusi Pengajian Awam / Swasta

 Kategori Bujang BPR

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia, tinggal dan menetap di Malaysia
  • Berpendapatan kasar sebanyak RM 2,500 dan ke bawah (sebulan)
  • Berumur antara 21 tahun hingga 59 tahun atau 18 tahun hingga 59 tahun bagi individu OKU

Untuk makluman, jumlah penuh bantuan mengikut kadar pendapatan isi rumah adalah seperti berikut:

bpr 2021

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR Fasa 2, sila lakukannya hubungi saluran berikut:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: