eMADANI: Cara Menebus Kredit e-Wallet RM100 & Syarat Kelayakan

eMADANI: Cara Menebus Kredit e-Wallet RM100 & Syarat Kelayakan 

Dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Negara pada 29 November 2023, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pemberian kredit e-wallet RM100 kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan mengikut syarat yang ditetapkan.  

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

eMADANI
eMADANI

eMADANI

Program eMADANI adalah merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai di samping meringankan beban kewangan rakyat dan dijangka akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia, melalui tawaran kredit eMADANI bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.

Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (reward points) dan ‘coins’.  

eMADANI

BACA JUGA: Skim Perubatan Madani Untuk B40 – Semakan & Rawatan Percuma

Tarikh Tuntutan Kredit E-Wallet RM100 – eMADANI

Pendaftaran dan tuntutan kredit e-Wallet (eMADANI) akan dibuka mulai hari ini, Isnin,  4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024.

Manakala, tempoh perbelanjaan kredit e-wallet RM100 tersebut adalah bermula 4 Disember 2023 sehingga 29 Februari 2023 sahaja.

Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eMADANI yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet pemohon.

Syarat Kelayakan

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023
  3. Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada  7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023. 

NOTA: Anda juga perlu memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik  ‘Know-Your-Customer’ (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat. 

Cara Memohon & Menebus eMADANI

Kredit e-Wallet RM100 eMADANI boleh ditebus menerusi empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna iaitu:

  1. MAE – KLIK SINI untuk mengetahui cara menebus menggunakan aplikasi MAE.
  2. ShopeePay
  3. Setel – KLIK SINI untuk mengetahui cara menebus menggunakan aplikasi Setel
  4. Touch n Go – KLIK SINI untuk mengetahui cara menebus menggunakan aplikasi TNG

Insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing-masing. Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut untuk maklumat lanjut.

NOTA: Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eMADANI daripada satu (1) penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja. Sila rujuk aplikasi e-dompet masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eMADANI.

eMADANI

Apakah yang boleh saya beli menggunakan kredit eMADANI tersebut?

Anda boleh menggunakan kredit RM100 eMADANI untuk sebarang transaksi secara fizikal di 1.8 juta peruncit/perniagaan melalui e-dompet pilihan anda, KECUALI:

  • Pemindahan ‘peer-to-peer’;
  • Penebusan tunai;
  • Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • Pembelian permainan (‘games’) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
  • Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan 
  • Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.

NOTA: Jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau  penebusan tunai, pihak Kerajaan akan mengambil langkah untuk menyekat akaun yang terlibat dan melucut hak kredit mereka.

Soalan Lazim (FAQ)

Anda boleh rujuk soalan lazim mengenai eMADANI di laman web rasmi Belanjawan 2024 melalui pautan berikut: https://manfaat.mof.gov.my/eMADANI 

Maklumat Lanjut 

Untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, sila layari pautan beirkut: https://manfaat.mof.gov.my/eMADANI

Atau, hubungi aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet di bawah:

MAE:

Setel:

ShopeePay:

  • +603-2777 9222

Touch ‘n Go eWallet:

  • +603-5022 3888
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: