eMADANI Setel: Cara Tebus e-Dompet RM100 Melalui Aplikasi Setel
eMADANI Setel: Cara Tebus e-Dompet RM100 Melalui Aplikasi Setel
Pemberian kredit e-wallet RM100 eMADANI boleh ditebus melalui 4 aplikasi penyedia perkhidmatan iaitu ShopeePay, Setel, Touch n Go dan MAE Maybank.
Untuk pengguna Setel, berikut dikongsikan dengan lebih lanjut tentang cara penebusan menggunakan aplikasi ini dan tawaran yang disediakan oleh eMADANI Setel.
eMADANI Setel
eMadani adalah merupakan pemberian kredit e-tunai sebanyak RM100 yang boleh dituntut menggunakan aplikasi tertentu salah satunya ialah aplikasi Setel.
Pemberian kredit e-tunai ini adalah untuk golongan B40 dan M40 yang berkelayakan untuk memangkin pendapatan PMKS sekaligus menggalakkan pembayaran tanpa tunai dengan transaksi digital.
Tempoh pendaftaran dan tuntutan kredit e-tunai RM100 ini bermula dari 8:00 pagi, 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024 dan perlu dibelanjakan sebelum 29 Februari 2024.
BACA JUGA: Cara Tebus RM100 Menggunakan Aplikasi Touch N Go
Syarat Kelayakan
Rujuk syarat-syarat kelayakan seperti di bawah:
Cara Memohon eMADANI Setel
NOTA: Anda perlu mengesahkan akaun Setel untuk menuntut. Rujuk pautan ini untuk langkah-langkah pengesahan akaun Setel.
Cara Membuat Pengesahan Akaun Setel
- Buka aplikasi Setel, klik eMADANI dan klik ‘Sahkan Akaun’
- Lihat faedah pengesahan dan klik ‘Sahkan Segera’
- Lengkapkan proses pengesahan
- Hidupkan push notification untuk terima status pengesahan
- Apabila pengesahan selesai, anda boleh tuntut eMADANI dengan mudah!
Perkara Anda Boleh ‘Setel’ Dengan eMADANI
Berikut ialah anatra perkara/pembelian yang anda boleh lakuan setelah menebus kredit e-tunai RM100 melalui aplikasi Setel:
- Isi minyak di lebih 1,000 stesen PETRONAS seluruh negara
- Beli keperluan harian dengan Setel QR & DuitNow QR
- Beli belah di Kedai Mesra dan rakan niaga terpilih
- Makan minum di Kafe Mesra
Selain itu, anda juga boleh gunakannya untuk berbelanja di pasaraya yang tersenarai di bawah ini:
Cara Membuat Pembayaran Menggunakan Setel
Rujuk video di bawah:
Ganjaran Untuk Pengguna Setel
Bagi pengguna yang menebus kredit e-tunai RM100 eMADANI melalui aplikasi Setel, anda berpeluang untuk menikmati ganjaran berikut:
- Pulangan sehingga RM80
- e-Baucar daripada jenama terkenal
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, sila layari pautan berikut: https://www.setel.com/features/emadani#eMadani-how-to-use-bm