in

BKC Fasa 3 : Semakan Baki Bayaran Kategori Miskin & B40

bkc fasa 3
ADVERTISEMENT

Pembayaran Fasa 3 Bantuan Khas COVID-19 (BKC) akan dibuat pada20 Disember 2021

Pembayaran Fasa 3 Bantuan Khas Covid-19 (BKC) sebanyak RM300 akan dibuat pada Isnin ini membabitkan peruntukan berjumlah RM1.2 bilion untuk 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, dengan pembayaran itu, lengkaplah nilai bantuan di bawah BKC berjumlah RM4.6 bilion yang menzahirkan komitmen kerajaan dalam memastikan pembayaran BKC sedikit sebanyak meringankan beban rakyat yang masih terkesan akibat pandemik Covid-19.

ADVERTISEMENT

“Kerajaan sentiasa komited memastikan bantuan yang disediakan ini menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, bayaran BKC akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank bagi penerima yang mempunyai akaun bank.

Bayaran untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak) pula akan dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bank berkenaan akan mengeluarkan panduan prosedur operasi standard (SOP) dari semasa ke semasa.

Pembayaran Fasa 1 dan Fasa 2 BKC diselesaikan pada September dan November lalu dengan peruntukan RM3.4 bilion untuk hampir 10 juta penerima.

Semakan status kelulusan BKC boleh dibuat melalui Portal BKC, https://bkc.hasil.gov.my selain bagi mendapatkan maklumat lanjut termasuk kriteria penerima dan nilai bantuan yang diterima.

Berikut dikongsikan info lanjut tentang semakan kelayakan serta jumlah bayaran Bantuan Khas COVID 19 (BKC Fasa 3) yang terkini.

Apakah Bantuan Khas COVID 19 (BKC)?

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.

Syarat Kelayakan

Kategori penerima yang layak menerima BKC adalah seperti berikut:

  • Miskin tegar
  • B40
  • M40

Sila rujuk jadual kelayakan penerima BKC dengan terperinci melalui kriteria di bawah:

Jumlah Bayaran BKC Fasa 3

Jumlah bayaran BKC Fasa 3 adalah seperti berikut:

  • B40 (Kategori Berkahwin) : RM300
  • Miskin Tegar (Kategori Berkahwin) : RM300

Sila rujuk jadual penuh bagi setiap kategori penerima di bawah:

Tarikh Bayaran BKC Fasa 3

Pembayaran BKC akan dibuat secara berfasa sebanyak 3 kali. Bagi fasa 3, bayaran akan dibuat pada bulan Disember 2021.

Berikut adalah tarikh bayaran yang dijadualkan bagi ketiga-tiga fasa BKC tersebut.

  • BKC Fasa 1 : Mulai 6 September 2021 (*Bagi kategori M40 bermula 9 September 2021)
  • BKC Fasa 2 : Mulai 25 November 2021
  • BKC Fasa 3 : Mulai 20 Disember 2021

*Sumber : FAQ Bantuan Khas COVID-19

Penerima bagi setiap Fasa BKC adalah seperti berikut:

  • Fasa 1: Miskin Tegar (Semua Kategori Berkahwin, Bujang & Warga Emas) , B40 (Semua Kategori Berkahwin, Bujang & Warga Emas) & M40 (Semua Kategori Berkahwin, Bujang & Warga Emas)
  • Fasa 2 : Miskin Tegar (Semua Kategori Berkahwin, Bujang & Warga Emas),
  • Fasa 3 : B40 (Kategori Berkahwin) & Miskin Tegar (Kategori Berkahwin)

Baca juga: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Untuk Keluarga, Bujang & Warga Emas

Semakan Status Bantuan BKC Fasa 3

Orang awam boleh membuat semakan status kelayakan Bantuan Khas Covid19 melalui 2 cara berikut:

  • i) Layari laman sesawang https://bkc.hasil.gov.my (Portal rasmi BKC
  • ii) Hubungi Lembaga Hasil Dalam negeri Malaysia (LHDNM) Hotline BKC melalui talian 1800-88-27-47
lupa kata laluan bkc

Terlupa Kata Laluan BKC

Jika anda terlupa kata laluan BKC dan tidak dapat mengakses akaun anda, sila rujuk cara mendapatkan semula ID / password melalui langkah berikut:

Bilakah pembayaran Bantuan Khas Covid-19 Fasa 3?

Bayaran Fasa 3 dijadualkan pada 20 Disember 2021.

Berapakah jumlah yang akan diterima oleh penerima BKC Fasa 3?

RM300

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk ke laman web https://bkc.hasil.gov.my atau Hotline BKC di talian 1-800-88-2747 atau TALIAN KHAS BKC.

Untuk berurusan di kaunter LHDN, sila rujuk pauta https://bpr.hasil.gov.my/myBPR/eApp/eTemuJanji.aspx untuk menempah slot e-Janji Temu online.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pemandu Treler Kemalangan Ragut 10 Nyawa Direman 4 Hari

semakan info banjir

Cara Semakan Info Banjir Terkini & Notis Jalan Ditutup