Status ‘Permohonan Diterima’ BPR 2021: Lulus Atau Tidak? Ini Cara Buat Semakan

CARA BUAT SEMAKAN BPR STATUS ‘PERMOHONAN DITERIMA’

Seperti yang dimaklumkan, tarikh akhir permohonan dan kemaskini maklumat Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021 adalah pada 25 Februari 2021.

Tarikh bayaran BPR 2021 fasa pertama pula telah dipercepatkan kepada 24 Februari 2021 daripada April / Mei yang dijadualkan sebelumnya secara rasminya.

Ada yang dah dapat awal, iaitu mulai 22 Februari lagi.

Ramai yang kata di status kebanyakannya tertulis PERMOHONAN DITERIMA, tapi tak tahu LULUS atau TIDAK.

Jadi bagi yang belum mengemaskini atau ingin memastikan permohonan diterima, anda boleh membuat semakan status BPR 2021 seperti di bawah.

Cara Semakan BPR 2021 : Maksud Status ‘Permohonan Diterima’

Semakan Status permohonan BPR 2021 boleh dibuat seperti berikut:

  1. Layari portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  2. Log masuk menggunakan ID dan password yang telah didaftarkan
  3. Tekan butang Semakan Status (seperti gambar di bawah)
  4. Jika sistem telah menerima permohonan anda, status ‘Permohonan Diterima’ akan dipaparkan.
  5. Sila klik pada ‘Maklumat Bayaran’ untuk penerangan lanjut.
    • ‘Dalam Proses Pengkreditan’ = bermakna duit akan masuk tak lama lagi. Maklumat bayaran akan dipaparkan. (LULUS)
    • Penerima tunai pula akan menerima Nombor Baucer untuk ditebus di BSN.
    • Jika tiada maklumat di atas, sama ada permohonan anda masih diproses atau jika dipaparkan ‘Alasan’ = akan diterangkan kenapa tidak lulus (TIDAK LULUS)
semakan status bpr

Permohonan diterima, tapi LULUS atau tidak?

Klik pada Maklumat Bayaran.

Kalau ada maklumat akaun bank kita tertera macam ni, maksudnya LULUS dan Dalam Proses Pengkreditan.

Bagi penerima tunai pula, nanti akan keluar maklumat nombor baucer macam di bawah ni.

Apa nak buat dengan no baucar BPR ni?

Anda boleh tebus bayaran tunai di mana-mana kaunter BSN.

Rujuk kenyataan rasmi BSN di sini:

Jika TIDAK LULUS, akan dinyatakan alasannya di situ.

Atau mungkin permohonan anda masih dalam proses kerana tarikh akhir mengemaskini masih dibuka hingga 25 Februari.

So, bolehlah check ya.

Jumlah Bayaran BPR Fasa Pertama & Kedua

Bayaran Fasa Pertama yang akan diterima adalah seperti berikut:

  • Kategori Isi Rumah : RM300
  • Individu Bujang berumur 21 tahun – 59 tahun / OKU berumur 18 tahun – 59 tahun : RM150
bayaran bpr fasa 1

Pembayaran BPR Fasa Kedua pula dijangkakan adalah mulai penghujung April/Mei 2021 secara berperingkat.

bpr 2021

Maklumat Lanjut Tentang Semakan BPR 2021

Untuk mendapatkan info terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR 2021, sila rujuk

  • Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my
  • Hotline BPR LHDNM : 1-800-88-2747
  • Hotline BPR MoF : Hotline BPR MoF
  • E-mel : Hotline BPR MoF

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan dan kemaskini maklumat, sila rujuk soalan lazim di SINI.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: