in

Ruginya Tak Tahu! Ini Perkongsian Panduan Pelaburan Di Bursa Malaysia

Panduan Melabur Di Bursa Malaysia

Terdapat pelbagai instrumen pelaburan di Malaysia. Antaranya, Tabung Haji, ASB, Unit Trust, Pelaburan Saham di Bursa Malaysia, Initial Public Offering (IPO), Future Crude Palm Oil (FCPO), Sukuk dan lain-lain.

Terdapat kebaikan dan kelemahan tersendiri bagi setiap instrumen tersebut.

Sebagai pelabur, seharusnya perlu ambil tahu akan setiap instrumen pelaburan ini supaya boleh disesuaikan mengikut pendirian masing masing.

Perkara yang perlu difahami, ketika hendak membeli saham sesebuah syarikat, ia seperti membeli pemilikan dalam bisnes.

Ia melayakkan kita menghadiri mesyuarat agung tahunan (AGM) sebagai pemilik bisnes untuk mengundi, memilih pengarah syarikat dan layak memperoleh dividen.

Perkongsian kali ini akan diteliti lebih kepada pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Mestilah sebab kita kan dekat Malaysia, perlulah fahami dan ambil tahu negara sendiri terlebih dahulu kan?

Ingin diingatkan bahawa pelaburan saham ini:

  • BUKAN Forex Trading
  • BUKAN ASB mahupun Unit Trust
  • BUKAN MLM (Multi-Level Marketing)
  • BUKAN Skim atau scam gerenti dapat duit

Melabur di Bursa Malaysia ini hukumnya halal atau haram?

Saham ini adalah komoditi dan hukum melabur saham ni harus. Boleh rujuk disini daripada mufti WP.

Jual beli atau pemilikan bagi jenis jenis saham yang tidak patuh syariah adalah tidak sah dan tidak halal.

Antara contoh mudah saham syarikat judi, ataupun syarikat pengeluar kilang arak seperti Carlsberg Brewery Malaysia Berhad dan Magnum Berhad.

Terdapat sebanyak 696 saham syarikat di Bursa Malaysia adalah patuh syariah yang telah diisytiharkan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Boleh rujuk disini (pada 25 November 2019).

Saham syarikat yang patuh syariah juga mudah dilihat di dalam “trading platform” yang mempunyai tanda bulat kecil di hujung nama setiap saham yang tersenarai.

Sebarang perubahan senarai saham syariah akan dikemaskini atau diulangsiar melalui sesawang Bursa Malaysia.

PERMULAAN UNTUK MELABUR SAHAM

1) Pertama sekali, pemilihan Syarikat Broker / Bank Pelaburan

Ianya mengikut pendirian masing masing untuk membuka akaun saham (CDS).

Perbandingan syarikat broker boleh didapati disini.

Setelah buka akaun CDS, eStatement iaitu seperti penyata bank akan dihantar untuk tujuan penjualan dan pembelian saham.

Penyata ini akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan dengan CDS akaun. Sebanyak 2 kali setahun emel dihantar iaitu pada bulan Jun dan Disember.

2) Transaksi Pelaburan Saham

Segala transaksi pelaburan saham di Bursa Malaysia mudah diuruskan kerana segalanya menggunakan Trading Platform atas talian.

Username dan password akaun ini akan diberikan oleh Bank Pelaburan / Syarikat Broker selepas membuka akaun CDS.

Setiap orang akan diberikan seorang ‘remisier’ oleh Syarikat Broker untuk membantu semasa aktiviti jual beli saham nanti.

3) Trading Platform

Jika tidak faham cara menggunakan Trading Platform, bolehlah bertanya kepada ‘remisier’ masing-masing.

Semuanya mudah sekarang, hanya menggunakan smartphone untuk komunikasi.

4) Depositkan wang / duit modal ke dalam akaun trading.

Tolonglah jangan berhutang atau membuat pinjaman jika hendak mula melabur.

Gunalah duit lebihan saja yang telah diasingkan untuk pelaburan.

Setiap Bank Pelaburan / Syarikat Broker kebiasaannya menyediakan tutorial cara membuat pindahan wang secara atas talian.

5) Berapa besar jumlah modal untuk mula melabur? Ribuan ringgit?

Serendah RM100-RM500 boleh digunakan sebagai permulaan modal pelaburan kerana minimum saham yang hendak dibeli ialah 1 lot.

Sekarang 1 lot hanya 100 unit sahaja jika nak dibandingkan dahulu kala 1 lot 1000 unit.

Zaman sekarang pelaburan bukannya lagi hanya untuk orang kaya, orang sederhana pun boleh mula melabur.

6) Jual beli saham

Ianya boleh dibuat sendiri secara online atau boleh menggunakan khidmat remisier.

Setiap pembelian akan diberikan penyata oleh syarikat broker masing-masing.

Bursa Malaysia pula menghantar penyata akaun setiap bulan.

7) Fee transaksi

Setiap tranksaksi jual beli saham akan dikenakan 4 jenis fee. Antaranya Brokerage Fee, Clearing Fee, SST/GST dan Duti Setem.

Boleh rujuk sini untuk lebih lanjut.

8) Penjualan saham sendiri

Jika ingin jual beli saham sendiri, pastikan 2 ilmu iaitu Fundamental Analysis dan Teknikal Analysis ini dikuasai untuk mengurangkan risiko kerugian dan meningkat risiko keuntungan.

Barulah boleh tahu bila nak beli saham dan bila nak jual saham pada masanya.

9) Strategi saham

2 Jenis strategi bersaham .Pelabur yang melabur untuk jangka masa panjang digelar sebagai Investor manakala bagi yang jual beli saham dalam masa singkat digelar sebagai Trader.

Setiap jenis pelabur ini mempunyai strategi yang berbeza.

10) Investor lebih relaks dan santai.

Mereka melihat keuntungan dalam jangka masa yang lebih panjang. Sesuai untuk mereka yang sibuk dengan urusan harian / kerja.

11) Tugas trader

Trader pula perlu memantau saham syarikat dengan lebih kerap kerana kebiasaannya trader akan membeli saham yang berisiko tinggi dengan jumlah yang banyak.

Ia memerlukan pemantauan yang kerap kerana ia akan melibatkan peratusan rugi dan untung yang sangat besar. High Risk, High Return!

12) Jenis saham

Ada beberapa jenis saham yang disenaraikan seperti dibawah:-

13) Saham apa yang nak pilih?

Seperti dimaklumkan terdapat 696 saham patuh syariah yang boleh dimiliki seperti Nestle, MRCB, TAKAFUL MALAYSIA, FGV, POS Malaysia dan lain lain lagi.

Ini contoh saja, bukan ‘Buy Call’ ya.

Terdapat banyak sektor – sektor terbahagi di dalam Bursa Malaysia antara Sektor Kesihatan, Minyak dan Gas, Pembinaan dan sebagai.

Banyak sangat nak senaraikan semuanya.

14) Bagaimana nak menjana keuntungan dengan saham?

Ini bukanlah seperti skim cepat kaya ya seperti menunggu duit jatuh ke riba.

Membeli saham pada masa harga rendah dan jual semula pada harga lebih tinggi merupakan konsep asas untuk membuat keuntungan.

15) Semua orang boleh terlibat dalam pelaburan saham ini?

Ya, sesiapa yang sanggup belajar boleh terlibat, tidak kira background apa pun anda, tua ke muda, suri rumah atau makan gaji atau kerja sendiri, semua boleh.

Syarat nak buka akaun adalah 18 tahun ke atas.

Sudahkah anda bersedia untuk melabur/berdagang saham? Jangan semberono nak bersaham kalau belum bersedia, jom kita belajar dulu.

Nak belajar, mestilah perlu belajar dengan orang yang lebih berpengalaman kan. Boleh rujuk BursaMarketPlace Guru untuk cari mahaguru saham yang diiktiraf di Malaysia.

Usah takut untuk mencuba, terus bangkit seandainya terjatuh. Belajar daripada kesilapan itu adalah salah satu proses pembelajaran.

Jangan ulangi kesilapan yang telah dilakukan. Selamat Bersaham ye guys!

Sumber : MajalahLabur

What do you think?

Written by izzuddin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Senarai Pekerjaan Kalis COVID-19

5 Pekerjaan Kalis COVID-19 , Malah Permintaan Semakin Meningkat

Sos Cili Aminah Hassan

Kemana Hilangnya Sos Aminah Hassan? Selepas Jatuh Kerana Berita Palsu