Tarikh Sambutan Hari Ibu 2023 Di Malaysia

TARIKH SAMBUTAN HARI IBU DI MALAYSIA 2023 ~ Tahukah anda, Hari Ibu disambut pada Ahad ke-2 bulan Mei setiap tahun oleh kebanyakan penduduk di seluruh dunia, termasuk masyarakat di Malaysia.

Hari Ibu lazimnya disambut untuk menunjukkan tanda penghargaan kepada wanita yang telah mengorbankan kehidupannya demi kebahagian anak mereka.

Ini adalah satu masa di mana setiap anak, tidak kisah muda ataupun tua berlari ke kedai untuk membeli hadiah untuk ibu mereka.

Malah ini juga adalah masa di mana semua restoran dibanjiri keluarga untuk menyambut hari yang penuh makna ini.

Berikut adalah serba sedikit fakta tentang Hari Ibu Sedunia dan sambutannya di Malaysia.

BACA JUGA: Besarkan Anak Angkat Islam, Chee Hoi Lan Terima Anugerah Ikon Ibu Sejati

Tarikh Hari Ibu 2023 Di Malaysia

Bagi tahun 2023, tarikh hari ibu di Malaysia jatuh pada 14 Mei 2023, Ahad. Anda bolehlah membuat tempahan hadiah menarik untuk ibu anda yang tercinta sebagai tanda penghargaan kepada mereka.

Selain itu, ucapan simple tetapi bermakna pun sudah cukup memadai.

Hari Ibu 2023

Fakta & Asal-Usul Sambutan Hari Ibu

FAKTA 1 :

Hari Ibu jatuh hari Ahad kedua dalam bulan Mei, yang bermaksud ia mempunyai tarikh berbeza setiap tahun.

Tahun ini, Hari Ibu jatuh pada hari Ahad, 14 Mei 2023, tetapi tahun depan ia akan berlaku pada hari yang berbeza pada bulan Mei.

FAKTA 2 :

Pada awalnya, iaitu Hari Ibu 1872 diasaskan oleh Anna Jarvis sebagai gerakan perdamaian yang membawa golongan ibu untuk bersama-sama menyuarakan isu semasa kepada masyarakat.

Ketika itu, banyak ibu atau isteri yang ditinggal oleh suaminya kerana terlibat dalam peperangan.

FAKTA 3 :

Hari Ibu yang pertama telah disambut pada 10 Mei 1908 sempena ulang tahun kematian ibu Anna Marie.

Tiga tahun selepas Ann Reeves meninggal dunia, Anna Marie menganjurkan majlis untuk menghormati ibunya dan semua golongan ibu dari seluruh dunia.

FAKTA 4 :

Aktivis sosial Julia Ward Howe mula-mula membawa idea Hari Ibu ke Amerika Syarikat selepas Perang Saudara.

Hari Ibu telah bertransformasi sebagai perayaan dunia yang diperingati seluruh negara di dunia, namun dengan waktu dan tradisi yang berbeza-beza.

Umumnya kebanyakan negara di Eropah dan Amerika menyambut Mother’s Day pada hari Minggu kedua di bulan Mei.

Namun sesetengah negara lain menyambutnya pada tarikh yang berbeza.

FAKTA 5 :

Mitos purba mengisahkan bahawa orang Yunani dan Rom merayakan Hari Ibu dengan memperingati dewi Cybele, Ibu Bumi (Gaia) dan dewi kesuburan, dan Rhea, ibu kepada Dewa.

Sementara itu, dalam budaya Kristian pula, sambutan ini pada dahulunya dikaitkan dengan hari memperingati Virgin Mary.

FAKTA 6 :

Menurut Pusat Penyelidikan Yew, carian Google untuk jambangan bunga sempena Hari Ibu lebih tinggi daripada Hari Valentine.

Memang ramai suka beli bunga untuk ibu kan?

BACA JUGA: 10 Idea Hadiah Hari Guru Yang Berguna dan Menarik!

Hukum Sambutan Hari Ibu Dalam Islam

Hukum sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa ada kalanya menjadi isu di Malaysia kerana perkaitannya dengan budaya Barat / agama lain.

Namun, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menjelaskan bahawa anjuran supaya memuliakan dan menghormati kedua ibu bapa sebenarnya sudah dititikberatkan di dalam al-Quran dan al-Sunnah Nabi SAW, tanpa terikat dengan masa dan tempat. 

hari ibu 2023

Menurut beliau dalam IRSYAD AL-FATWA KE-11: SAMBUTAN HARI IBU DAN BAPA, sambutan Hari Ibu tidak dianggap sesuatu yang tidak dibolehkan, tetapi hendaklah dengan menepati beberapa syarat:

  • Menganggap Hari Ibu atau Hari Bapa sebagai penghormatan tambahan buat mereka, bukannya menyempitkan skop menghormati mereka hanya pada tarikh tersebut.
  • Tidak menjadikan ia sebagai satu bentuk perayaan dengan ertikata perayaan keagamaan, tetapi sebagai sambutan secara adat sahaja.
  • Sewajarnya seseorang Islam sentiasa menghormati ibubapa dan pada saat yang sama memahami ajaran Islam supaya ketaatannya sentiasa selaras dengan syariat Islam.

Sumber rujukan: Astro Awani, WomansDay.com, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: