Besarkan Anak Angkat Islam, Chee Hoi Lan Terima Anugerah Ikon Ibu Sejati

Besarkan anak angkat Islam, Chee dikurnia anugerah Ikon Ibu Sejati sempena Maulidur Rasul.

Bagi yang tidak mengenali ibu hebat ini..
Disini dikisahkan….

“Dua puluh dua tahun lalu, dia ditinggalkan di tadika kerana ibunya terpaksa pulang ke kampung halaman di Indonesia.

Ketika itu, usia Rohana Abdullah baru sahaja dua bulan namun kerana kemurnian hati seorang wanita berbangsa Cina, dia dijaga seperti anak sendiri sehinggalah sekarang.

Chee hoi lan

Wanita itu, Chee Hoi Lan, 83, adalah guru tadika di mana ibu Rohana bekerja sebagai pekerja pembersihan dan mengenangkan nasib bayi terbabit, dia mengambil keputusan menjaganya seperti anak sendiri.

Hoi Lan berkata, dia sedar isu perbezaan agama akan menjadi masalah dan kerana itu, dia berusaha menyediakan segala keperluan Rohana, 22, menggunakan wangnya sendiri termasuk menghantarnya ke Kelas Asas Fardu Ain (Kafa).

Selain itu, Rohana juga dipastikan belajar perkara asas mengenai Islam menerusi pengajian langsung di sekolah dan didikan daripada kenalannya.

“Saya sayangkan dia seperti anak sendiri. Sejak kecil, saya pastikan dia makan makanan halal dan melakukan ibadat sebagai seorang Muslim sehinggalah hari ini.

“Cuma sebelum saya mati, saya mahu lihat dia berkahwin, bekerjaya dan bahagia. Saya lega kerana selama hayat saya, saya pastikan dia terjaga sebagai seorang Muslim, dia akan kekal begitu sampai bila-bila,” katanya ketika membuat aduan mengenai Rohana yang tidak memiliki kewarganegaraan kepada Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon Batu, Gulam Muszaffar Ghulam Mustakim, kelmarin.

Hoi Lan yang tidak berkahwin berkata, selama ini Rohana tinggal bersamanya di sebuah kawasan perumahan di ibu negara dan sehingga hari ini, dia memastikan ‘anaknya’ itu meneruskan hidup sebagai seorang Muslim.”

Chee hoi lan

Tahniah Puan Chee Hoi Lan menerima Anugerah Ikon Ibu Sejati ( Keluarga Malaysia ) Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2022 / 1444H.

Semoga ibu hebat ini mendapat hidayah dari Allah SWT, Aamiin.

Baca juga:

Senarai Penerima Anugerah Sempena Maulidur Rasul 2022 / 1444H

Sekaung tahniah kepada Penerima-penerima Anugerah Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1444H / 2022M

Anugerah Perdana
YBHG. TAN SRI DATO’ SRI SYED ZAINAL ABIDIN SYED MOHAMAD TAHIR
Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif Dagang NeXchange Bhd (DneX)

Ikon Sains Dan Peradaban
YBHG. PROF. DATO’ DR AZIZAN BINTI BAHARUDIN
Pengarah Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya

Ikon Media Islam
YBRS. TUAN HAJI AHMAD NOOR BIN SULAIMAN
Penerbit Eksekutif (Pengisian Kandungan Islam) TV3 dan TV9

Ikon Korporat Islam
YBHG. DATO’ MOHD KHAY BIN IBRAHIM
Pengerusi Yayasan ZIKAY
Pengarah Urusan Kumpulan ZIKAY Group
Pengerusi Lembaga Penasihat Perbadanan Kampong Bharu

Ikon Kemanusiaan
PUAN SYAZRINA BINTI AZMAN (MIZZ NINA)
Penyanyi

Ikon Ibu Sejati (Keluarga Malaysia)
PUAN CHEE HOI LAN (Bukan Islam)
Pesara Guru Tadika

Ikon Pembangunan Dan Kecemerlangan Islam
YBRS. TUAN HAJI HUSHIM BIN HAJI SALLEH
Kauselor Berdaftar

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: