“Memang Dah Rasa Akan Mati”, Penumpang Kongsi Detik Cemas Pesawat MAS Dari KL Ke Tawau ‘Jatuh Terjunam’

Viral seorang penumpang yang dikenali sebagai Yi Ma Nas menceritakan bagaimana pengalamannya menaiki sebuah pesawat KL – Tawau yang jatuh terjunam dari 25,000 kaki ke 23,451 kaki dalam masa beberapa saat sahaja!

Kejadian yang dikatakan berlaku pada pukul 3.20 petang 3hb April (2 hari lalu), sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau itu dikatakan mengalami masalah teknikal ang telah disahkan melalui sebuah kenyataan media oleh CAAM.

Menurut kata seorang penumpang dalam kapal terbang tersebut. Sebelum kejadian, penumpang dah dibenarkan tanggalkan tali pinggang. Oleh itu beliau terlambung dari tempat duduk kerana kejadian ini. 10 minit kemudian, penerbangan diteruskan dengan keadaan tidak stabil!

Kuning = kelajuan (speed) , biru = ketinggian (altitude) jadi 25000 ke 23375 kaki.

Lepas berjaya naik balik, kapal terbang jatuh terjunam lagi sekali, tetapi tidak seteruk kejadian kali pertama.

Difahamkan ramai penumpang yang ketakutan mula menjerit dan menangis kerana ingatkan ajal maut mereka dah sampai.

Masa inilah kapal terbang berpusing ke Melaka dan patah balik ke KLIA. Mujur semua orang dalam pesawat diturunkan dengan keadaan selamat, ditukarkan pesawat lain dan sampai ke Tawau pada jam 9.50 malam akhirnya.

Dalam perkongsian tersebut, penumpang itu meluahkan rasa syukur dan turut mengucapkan terima kasih kepada juruterbang kerana berjaya mengawal keadaan dengan baik.

Bagaimana Junaman Ini Boleh Berlaku?

Seorang juruterbang di di Twitter @aviatorian86 tampil menjelaskan keadaan itu mengatakan kemungkinan pesawat tersebut melalui air pocket ataupun downdraft. menurut beliau lagi, keputusan kapten untuk berpatah balik ke KLIA adalah keputusan yang tepat kerana situasi tersebut boleh membawa kepada kerosakan pada control surface.

Kenyataan Rasmi Oleh CAAM

KENYATAAN MEDIA – 5 APRIL 2022

CAAM Sahkan Pesawat Malaysia Airlines Dari Kuala Lumpur Ke Tawau Berpatah Balik

Dalam kenyataan rasmi oleh Civil Aviation Authority of Malaysia, pihak mereka mengesahkan bahawa satu Mandatory Occurrence Report telah diterima dari Malaysia Airlines Berhad (MAB) berhubung pesawat MH2664 dari Kuala Lumpur ke Tawau Sabah yang mengalami isu teknikal pada Isnin 3 April 2022.

Susulan perkara ini, CAAM akan melihat semula Sistem Pengawasan Data Penerbangan dalaman MAB yang memantau dan merekoskan semua profil data penerbangan pesawat tersebut.

Menurut kenyataan itu, juruterbang dan pembantu juruterbang telah mengendalikan isu teknikal tersebut dengan selamat dan pesawat berkenaan kembali ke Kuala Lumpur bagi tujuan penyelenggaraan.

Sila rujuk kenyataan penuh dalam lampiran di bawah:

flight kl tawau

Dalam bulan Ramadhan ini, mudah mudahan kita semua dilindungiNya daripada sebarang kecelakaan.

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: