Tiada Lagi Had 10km, Penerima Vaksin Lengkap Boleh Bawa Anak Keluar Dalam Fasa 1 PPN

rentas daerah negeri pdrm

TERKINI: KELONGGARAN SOP PPN FASA 1 & KEMUDAHAN TAMBAHAN SEKTOR SOSIAL DAN EKONOMI BAGI INDIVIDU YANG TELAH MENERIMA VAKSINASI LENGKAP

Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membincang dan mempertimbangkan cadangan oleh Jawatankuasa Khas Teknikal MKN untuk memperluaskan lagi kemudahan sektor sosial dan ekonomi terutamanya bagi Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Untuk makluman, pertimbangan yang dibuat mengambil kira perkembangan positif kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di seluruh negara yang telah melebihi 50 peratus. Pencapaian ini adalah lebih awal daripada yang disasarkan sebelum ini iaitu 31 Ogos 2021.

Perkara ini dpertimbangkan setelah melihat kes-kes COVID-19 yang perlu dimasukan ke ICU mula menunjukkan trend mendatar dan diharapkan akan menurun.

Sehubungan itu, Sidang Khas MKN telah bersetuju untuk memberikan kemudahan-kemudahan tambahan sektor sosial dan ekonomi kepada individu yang telah menerima vaksinasi lengkap bagi negeri-negeri di dalam Fasa 1 PPN.

Maksud Penerima Vaksin Lengkap

Penting untuk dijelaskan bahawa seseorang individu hanya akan diiktiraf sebagai individu yang telah lengkap vaksinasinya apabila telah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

a) Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (Contohnya Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua; dan

b) Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (Contohnya Johnson & Johnson dan CanSino), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.

Sop fasa 1 ppn terkini
Sumber: Facebook TS Muhyiddin Yassin

Kemudahan Tambahan Bagi Penerima Vaksinasi Lengkap Fasa 1 PPN

Kemudahan-kemudahan tambahan yang dibenarkan bagi sektor sosial secara amnya adalah seperti berikut:

a. Aktiviti Dine-In kini DIBENARKAN bagi negeri-negeri Fasa 1 PPN dan seterusnya:

i. Semua pengusaha-pengusaha premis kedai makan disarankan supaya menyediakan lebih banyak ruang tempat makan di bahagian luar premis bagi pengudaraan yang lebih baik. Risiko penyebaran virus COVID-19 adalah jauh lebih tinggi di dalam premis berbanding di luar.

ii. Pemilik premis kedai makan perlu pastikan mereka yang memasuki premis untuk dine-in MESTI menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) yang menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.

iii. Bagi pasangan yang telah menerima vaksinasi lengkap dan ingin membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah untuk dine-in di premis kedai makan, pastikan anak-anak anda mematuhi SOP yang ketat.

b. Aktiviti sukan, rekreasi dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan (outdoor) juga DIBENARKAN bagi negeri-negeri Fasa 1 PPN dan seterusnya serta terpakai di dalam daerah yang sama sahaja.

i. Aktiviti sukan dan rekreasi amat penting bagi memastikan tahap kesihatan minda dan kecergasan fizikal yang baik. Oleh itu, aktiviti ini dibenarkan dengan mematuhi penjarakan fizikal dan dilakukan di kawasan terbuka (outdoor) termasuk separa terbuka bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

ii. Aktiviti dine-in di restoran atau kafe di premis club house adalah DIBENARKAN selaras dengan kebenaran dine-in. Pemilik premis perlu pastikan mereka yang memasuki premis untuk dine-in MESTI menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) yang menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.

iii. Operasi bilik persalinan atau bilik mandi di premis club house adalah TIDAK DIBENARKAN. Ini bagi mengelakkan perkumpulan selepas bersukan dan mengurangkan risiko jangkitan.

iv. Aktiviti yang dibenarkan adalah seperti jogging, senaman, taichi, berbasikal, skateboarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis (single), badminton (single), golf, permotoran dan seumpamanya.

v. Aktiviti yang dibenarkan juga termasuklah perkelahan dan perkhemahan. Penyertaan anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah adalah dibenarkan dengan pematuhan SOP yang ketat.

Selain itu, pergerakan dibenarkan dengan kapasiti kereta berbanding had 2 orang sebelum ini.

blank

KELONGGARAN SOP & KEMUDAHAN SEKTOR EKONOMI PPN FASA 1

Sidang Khas MKN juga bersetuju memberikan kemudahan tambahan dalam sektor perdagangan dan pengedaran bagi Fasa 1 PPN dan seterusnya.

Kemudahan yang dibenarkan secara amnya adalah seperti berikut:

a. Operasi Pasar Malam dan Pasar Minggu adalah DIBENARKAN

i. Pihak penguatkuasa yang berkenaan serta pemilik premis perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis MESTI menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.

Sop ppn fasa 1 terkini dine in dibenarkan

Kelonggaran SOP PPN Fasa 1 PPN Berkuatkuasa 20 Ogos 2021

Kesemua kemudahan yang saya umumkan hari ini akan mula berkuatkuasa pada JUMAAT, 20 OGOS 2021.

Perincian bagi kemudahan-kemudahan ini boleh dirujuk dalam senarai SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) di bawah:

blank
Muat turun SOP penuh oleh MKN dalam pautan di bawah

Jika berlakunya jangkitan di premis yang menikmati kemudahan-kemudahan ini, KKM terutamanya akan segera mengambil langkah sewajarnya termasuk melakukan penilaian semula risiko serta tidak menolak kemungkinan menutup serta-merta premis atau kawasan yang terlibat selain mengeluarkan kompaun kepada pihak yang dikenalpasti melanggar SOP.

Kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai tanggungjawab bersama dalam usaha mengatasi pandemik COVID-19 ini.

Sememangnya, kemudahan ini juga meletakkan tanggungjawab ke atas rakyat yang sudah menerima vaksinasi lengkap untuk membuat penimbangan risiko kendiri yang rasional dan bijaksana dalam menghadapi ancaman virus COVID-19 yang kini sudah berleluasa di dalam komuniti kita.

Insya-Allah Kita Menang Bersama.

Pautan asal: https://www.facebook.com/112183975526837/posts/4314920325253160/

Majlis Keselamatan Negara: https://www.mkn.gov.my/