Azan Maghrib Cepat 4 Minit Di Radio Tawau, Ramai Tidak Sengaja Berbuka Awal

PERMOHONAN MAAF TERBUKA DJ PENYAMPAI BERTUGAS ISU KESILAPAN TEKNIKAL AZAN MAGHRIB TERAWAL DI TAWAU

Difahamkan hari ini di Tawau ramai yang tersilap berbuka puasa lebih awal akibat azan maghrib di radio disiarkan lebih awal akibat masalah teknikal.

Menurut penyampai radio, Mohd Safwa Bin Junit, penyampai radio yang bertugas pada petang tadi memaklumkan bahawa beliau telah melakukan kesilapan menyiarkan azan Maghrib sebanyak 2 kali.

Azan Maghrib pertama dikumandangkan pada 6.16 petang, iaitu lebih awal 4 berbanding azan kedua yang dikumandangkan pada jam 6.20 petang.

Di sini dikongsikan kepada anda permohonan maaf daripada penyampai radio bertugas petang ini tentang isu azan terawal petang tadi.

Perkara ini pernah diulas oleh mantan mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Al-Bakri melalui laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, menerusi artikel Bayan Linnas Siri ke-97: Tersalah Berbuka Puasa Awal Kerana Azan Di Radio.

blank

Menurut ulasan Mufti Wilayah Persekutuan dalam artikel berkenaan, sesiapa yang melakukan kesilapan dan berbuka puasa pada waktu yang lebih awal hendaklah diganti atau QADHA.

“Setelah menilai dan meneliti kedua-dua pendapat, kami lebih cenderung kepada batalnya puasa dan wajib bagi mereka yang tersalah berbuka awal sedangkan matahari belum tenggelam, hendaklah diqadha’.” Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan (BAYAN LINNAS SIRI KE- 97 – Tahun 2017)

Setiap manusia tidak lari daripada melakukan silap dan salah. Semoga jadi pengajaran dan tidak berulang untuk kali kedua.

Saudara kita pun sudah buat permohonan maaf secara terbuka. Jadi sudahlah ya. Jom sambung puasa dan amal ibadah kita.

Baca Penuh di link berikut:

https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/790-bayan-linnas-siri-ke-97-tersalah-berbuka-puasa-awal-kerana-azan-di-radio

Baca juga: 10 Doa Pilihan Menjelang Waktu Berbuka Puasa Yang Ringkas & Padat