Minta Editkan Gambar Nikah, Pengantin Terhibur Lihat Hasil Warganet!

Setiap pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga pasti mahukan kenangan manis dirakam dalam bentuk gambar atau video semasa majlis perkahwinan.

Sehinggakan ada yang sanggup mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk mendapatkan hasil gambar dan video yang cantik seperti yang dimahukan. Tetapi ada juga yang melakukan secara ringkas asalkan mempunyai kenangan manis semasa majlis.

Namun, berbeza pula dengan seorang wanita ini yang telah tular di Tik Tok, gara-gara meminta ahli group di Facebook Edit Apa Hari Ni ? untuk menyunting gambar nikahnya.

This image has an empty alt attribute; its file name is image-62.png

Minta ahli group editkan gambar nikah buang orang ramai di belakang dan hasilnya:

Rozliza Rafael telah meminta ahli group untuk membuang gambar orang ramai dan meminta untuk menambahkan pelamin dibelakang kerana semasa hari perkahwinannya tiada pelamin.

Ramai warganet yang menerima pintaannya dengan menyunting gambar nikah beliau dan menambah pelamin dibelakang. Tetapi apa yang lebih menghiburkan adalah, segelintir warganet yang terlalu kretif telah menyunting gambar nikahnya dengan pelbagai idea yang lucu.

Hasil suntingan lucu gambar di bawah:

May be an image of 1 person, headscarf and outdoors
blank
May be an image of sky and skyscraper
blank
May be an image of 1 person, headscarf and body of water
May be an image of outdoors
blank
May be an image of 1 person and headscarf
blank
May be a cartoon

Boleh lihat video penuh itu di bawah:

@roslizarubee

Orang malaysia takpernah mengecewakan 😂😂 ##editapahariini ##malaysiatiktok ##fypp ##viral2021 ##EAHI

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

Kredit: Rosliza Rafael