Diskaun Saman Trafik Sempena Hari Raya Aidilfitri

Berita baik untuk pengguna jalan raya! 

Diskaun Saman Trafik PDRM ~ Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Kadar Khas Bayaran Saman yang hanya berjumlah RM50 bagi semua saman trafik sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kadar khas itu terpakai untuk kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya.

BACA JUGA: Kuota Internet Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 – Menteri Komunikasi dan Digital

Diskaun Saman Trafik PDRM

Dalam pengumuman tersebut, YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim telah mengumumkan Kadar Khas Bayaran Saman RM50 bagi semua saman trafik PDRM (kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya).

Tawaran ini bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023. Dengan adanya tawaran ini, orang ramai boleh melunaskan setiap saman boleh dengan hanya RM50 sahaja. Jadi, jangan lepaskan peluang ini!

Setiap saman boleh dilunaskan dengan kadar harga RM50 dan kadar khas ini tidak terpakai bagi saman trafik yang dikeluarkan pada tahun 2023.

Dalam masa yang sama, PDRM komited untuk terus memastikan keselamatan jalan raya pada tahap yang optimum terutamanya pada musim perayaan.

Diskaun Saman Trafik Sempena Hari Raya Aidilfitri

Bagi memastikan kelancaran perjalanan pengguna jalan raya sempena Hari Raya Aidilfitri ini, PDRM akan melaksanakan Op Lancar pada 18 dan 19 April 2023 dengan memfokuskan kepada laluan yang dijangka mengalami kesesakan. 

Op Selamat 20 pula akan dilaksanakan bermula 20 April 2023 bagi tempoh tujuh hari dengan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’.

Ia adalah untuk memastikan laluan-laluan ‘hotspots’ seperti susur masuk dan keluar di plaza tol misalnya, tidak mengalami kesesakan lalu lintas. 

Tempoh Diskaun / Kadar Khas Bayaran Saman

Anda boleh melunaskan saman trafik anda dengan kadar khas ini bermula 21 April 2023, jam 8.00 pagi. 

Diskaun Saman Trafik PDRM RM50

Cara Pembayaran

Anda boleh melakukan pembayaran saman ini dengan beberapa cara. Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menyediakan pelbagai sistem pembayaran saman bagi memastikan orang ramai boleh membayar saman mereka melalui saluran berikut:

i) Aplikasi Mybayar Saman

ii) Semua kaunter bayaran trafik IPK dan IPD (hari bekerja)

iii) Mesin ATM Maybank seluruh negara

iv) Semua kaunter pejabat Pos Malaysia

NOTA: 

Kepada mereka yang masih belum mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman, jangan lupa daftar sekarang agar anda tidak perlu beratur panjang di kaunter bayaran trafik. Anda boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui: 

i) Portal – https://mybayar.rmp.gov.my

ii) Google Playstore – https://play.google.com/store/apps/details…

iii) Apple store – https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016

iv) Huawei Appstore – https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh rujuk Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: